FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas sentiasa meningkatkan kadar perolehan bahan baharu bagi memastikan Perpustakaan mempunyai koleksi yang mantap dan terkini walaupon menghadapi kekangan dari sudut kewangan. Disebabkan perkembangan dan perubahan ilmu dan teknologi maka kandungan koleksi Perpustakaan perlu dinilai dari semasa ke semasa agar ianya sentiasa mantap, terkini dan relevan.
Tujuan pelupusan adalah bagi memastikan koleksi Perpustakaan KKKB sentiasa terkini, mantap, sempurna dan relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dan kriteria bahan bagi pelupusan antaranya ialah fizikal buku rosak dan tidak boleh dibaiki atau diganti serta Kebanyakan muka surat bahan telah hilang dan tidak boleh dirawat atau dibaiki.
Selain daripada itu juga, maklumat bahan yang tidak sah lagi untuk dijadikan rujukan kerana berlaku perubahan dasar, sistem pendidikan atau kurang nilai karya serta Usia dan maklumat bahan lama serta tidak sesuai untuk rujukan kini selain buku mengenai teknologi maklumat yang sudah tidak sesuai dengan perkembangan teknologi terkini dan tidak mempunyai nilai dari segi rujukan.
Pada 12 Ogos 2022 ( Jumaat ) Unit Perpustakaan telah menjalankan Bengkel Pelupusan Buku Perpustakaan bagi Tahun 2022, antara kriteria utama pelupusan adalah bahan bacaan yang tidak lagi menepati syllabus pembelajaran dan juga tarikh terbitan sekitar 1999 - 2016.
Bengkel ini melibatkan kesemua program yang ditawarkan di KKKB iaitu Sijil Kenderaan Ringan ( SKR ), Sijil Teknologi Senibina ( STS ), Sijil Teknologi Pembuatan ( SMN ), Sijil Animasi 2D ( SDD ) dan juga Pengajian Am.
Jumlah buku yang dikenalpasti untuk dilupuskan ialah SKR 35 Naskhah, STS 36 Naskhah, SMN 25 Naskhah, SDD 65 Naskhah & Pengajian Am 95 Naskhah. Jumlah keseluruhan pelupusan ialah 256 Naskhah.
Pada 30 April 2025 ( Rabu ), Unit Perpustakaan KKKB telah melaksanakan aktiviti pelupusan ( melalui kaedah jualan ) buku-buku Perpustakaan yang sudah tidak lagi relevan dan sesuai dengan PdP terkini pelajar.
Terima kasih kepada Ketua Unit Pengajian Am & para pensyarah yang telah terlibat dalam proses memilih, menyaring dan mengenalpasti buku-buku diawal permulaan proses pelupusan tersebut.
Juga ucapan terima kasih kepada pihak #arkibnegarapulaupinang yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memberikan khidmat nasihat agar proses pelupusan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Bermula 16 hingga 24 Julai 2025, Unit Perpustakaan telah menjalankan Program Pelupusan Buku Perpustakaan bagi Tahun 2025.
Objektif utama pelupusan ini adalah bagi mengoptimakan penggunaan ruang perpustakaan KKKB yang sedia ada untuk menempatkan koleksi baru perpustakaan selain memastikan sumber perpustakaan sentiasa mantap, sempurna, terkini dan relevan untuk menyokong keperluan PdP.
Kriteria utama pelupusan adalah bahan bacaan yang tidak lagi menepati silibus pembelajaran dan juga rosak.
Bengkel ini melibatkan kesemua program yang ditawarkan di KKKB iaitu Sijil Teknologi Automotif ( SAU ), Sijil Teknologi Senibina ( STS ), Sijil Teknologi Pembuatan ( SMN ) dan Sijil Animasi 2D ( SDD )