FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
SENARAI PANGKALAN DATA PERCUMA
MAKLUMAN : Pada kebanyakan Pangkalan data ini memerlukan pengaktifan akaun e-mail
1. OPEN BOOK PUBLISHERS
https://www.openbookpublishers.com/
2. OPEN LIBRARY
https://openlibrary.org/
3. GOOGLE BOOKS
https://books.google.com/
4. THE ONLINE BOOKS PAGE
https://onlinebooks.library.upenn.edu/
5. PROJECT GUTENBERG
https://www.gutenberg.org/
6. BARTLEBY.COM
https://www.bartleby.com/
7. BIODIVERSITY HERITAGE LIBRARY
https://www.biodiversitylibrary.org/
8. INTERNET ARCHIVE
https://archive.org/
9. THE THESAURUS LINGUAE GRAECAE
https://stephanus.tlg.uci.edu/
10. DIGITAL PUBLIC LIBRARY OF AMERICA
https://dp.la/
11. AL MANHAL
https://platform.almanhal.com/
12. CNKI
https://www.cnki.net/index/
13. LAWNET
https://www.lawnet.com.my/
14. E-LAW
https://www.elaw.my/
15. ME BOOKS
https://www.mebooks.co/
16. MYGURU
https://clients.learningport.com.my/client/dashboard/
17. UN ILIBRARY
https://www.un-ilibrary.org/
18. JSTOR
https://www.jstor.org/
19. AMERICAN COUNCIL OF LEARNED SOCIETIES HUMANITIES EBOOK
https://www.humanitiesebook.org/
20. LIBRARYTHING
https://www.librarything.com/
21. Z-LIBRARY
https://z-lib.id/
22. THE BRITISH LIBRARY
https://www.bl.uk/
23. PDF DRIVE
https://www.pdfdrive.com/?
24. OPEN RESEARCH LIBRARY
https://openresearchlibrary.org/home
25. MANYBOOKS
https://manybooks.net/search-book
26. STANDARD EBOOKS
https://standardebooks.org/
27. BOOKBOON
https://bookboon.com/
28. SMASHWORDS
https://www.smashwords.com/
29. PDFBOOKSWORLD
https://www.pdfbooksworld.com/
30. E-BOOKS DIRECTORY
https://www.e-booksdirectory.com/
31. BOOKFUSION
https://www.bookfusion.com/
32. FREEBOOKCENTRE
https://www.freebookcentre.net/
33. WORLDBOOK
https://www.worldbookonline.com/
34. GREATER VICTORIA PUBLIC LIBRARY
https://www.gvpl.ca/client/en_US/default
35. AMERICAN LIBRARIES
https://americanlibrariesmagazine.org/
SILA KLIK PADA IMEJ
Pangkalan Data Mason Crest E-Books mengandungi sebanyak 490 judul e-buku fiksyen dan bukan fiksyen terpilih serta buku-buku ilmiah dan kontemporari meliputi bidang seperti biografi, sukan, perubatan, keluarga, kesihatan, nutrisi, kerjaya dan kewangan, isu-isu semasa dan lain-lain.
Kesemua e-buku yang tersedia adalah terbitan luar negara dan dalam format `flipping e-book' dengan paparan isi kandungan penuh (full-text)
Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,986 judul e-suratkhabar dan 4,246 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 66 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital.
Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 26 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve.
Pelbagai judul e-majalah tempatan turut tersedia diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.
i-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online.
Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalan bagi meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 4 - Tingkatan 5.
Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline serta menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini.
Pangkalan Data Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya.
Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet HANYA boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar.
PNM ELIB merupakan sebuah platfom peminjaman e-buku secara percuma yang ditawarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Xentral Methods.
Melalui PNM ELIB, pengguna boleh mengakses lebih 8,000 judul dengan hampir 14,167 akses lesen kepada judul-judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara dimana sahaja tanpa perlu keluar rumah.
Antara kategori judul yang terdapat di dalam PNM ELIB adalah romantik, New York Times bestsellers, buku rujukan interaktif, motivasi, keagamaan, politik & sejarah dan banyak lagi.
Pengguna hanya perlu mendaftar dan log masuk untuk mula meminjam e-buku. Kini pengguna boleh meminjam 5 naskah e-buku dalam satu masa dengan tempoh pinjaman 7 hari.
OverDrive adalah satu Pangkalan Data dimana terdapat pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam.
Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive.
Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.
Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer.
Perkhidmatan Maklumat EBSCO (EBSCOHost) merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data.
Selain membuat carian/memuat turun artikel jurnal, pengguna juga boleh mengakses sebanyak 5,277 judul e-buku dalam pelbagai subjek, antaranya kesenian, perniagaan, ekonomi, pendidikan, pemasaran, sains sosial, perubatan dan lain-lain.
EBSCOHost merupakan antara pangkalan data yang popular di dunia, dan telah digunakan secara meluas di kebanyakan perpustakaan dan komuniti perniagaan selama lebih daripada 60 tahun.
J-GATE adalah pangkalan data yang terdiri daripada Sains Asas, Sains Sosial & Pengurusan, Kejuruteraan & Teknologi dan Pakej Seni & Kemanusiaan.
Pangkalan data merangkumi 9,000+ Jurnal (20 juta artikel) Koleksi Sains Asas, 12,000+ Jurnal (10 juta artikel) Koleksi Sains Sosial & Pengurusan, 10,000+ Jurnal (11 juta artikel) mengenai Koleksi Kejuruteraan & Teknologi DAN 8,000+ Jurnal (7 juta artikel) mengenai Koleksi Seni & Kemanusiaan.
Secara keseluruhan, J-Gate membawa anda sekitar 35,000 Jurnal untuk keperluan penyelidikan dan kajian anda.
ODILO adalah peneraju terkemuka untuk perpustakaan pintar dan pembelajaran kolaboratif yang dianggap oleh banyak pihak sebagai "Netflix Untuk Pendidikan".
ODILO secara eksklusif menawarkan pengalaman perpustakaan digital yang berciri Netflix.
ODILO merangkumi 20,000 bahan bacaan dalam pelbagai bidang termasuk Kemahiran Insaniah, Kesihatan & Kesejahteraan, Perniagaan Umum & Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Sastera & Novel, Pekerjaan dan Kerjaya, Sains Umum, Pendidikan Awal, Novel Cina (Mandarin), dan beberapa e-majalah.
u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my.
Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.
Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.