FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
PROGRAM WORLD #QURANHOUR 1445H
Pada Khamis, 04 April 2024, telah berlangsung Program World #QuranHour 1445H Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 - Dunia Berbudi & Penyayang...Satu Kebangkitan di Masjid Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan dianjurkan oleh Pihak Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.
Pihak Perpustakaan KKKB melalui Kelab LIBFRENZ telah menyertai program tersebut bersama dengan pelbagai agensi serta institusi kerajaan lain yang telah dijemput oleh pihak penganjur program.
Pada 23 April 2024 ( Selasa ) pihak Perpustakaan diseluruh negara akan bersama-sama menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit.
Program Jom Baca 10 Minit ini telah diangkat menjadi program wajib setiap tahun oleh Kolej Komuniti Kepala Batas dan ditakwimkan. Di Kolej Komuniti Kepala Batas, ia dilaksanakan serta dijayakan oleh pihak Perpustakaan melalui Kelab Perpustakaan LIBFRENZ bersama seluruh warga kerja KKKB.
Pada 04 Mei 2024 ( Sabtu ), Kelab Perpustakaan Kolej Komunti Kepala Batas, LIBFRENZ telah berpeluang bersama-sama AJK Masjid At-Taqwa, Kepala Batas dalam melaksanakan program Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama qariah setempat.
Kerjasama ini secara langsung telah menambah bilangan aktiviti yang disyaratkan secara mandatori bagi pihak Perpustakaan dalam memenuhi Teras 5 iaitu memperkukuh kolaborasi Industri, Komuniti & Alumni.
Pada 21 Oktober 2024 ( Isnin ) unit Perpustakaan KKKB melalui Kelab Perpustakaan LIBFRENZ telah berjaya melaksanakan Program Lawatan kerja Penanda Aras ( Benchmark ) ke Perpustakaan Digital Kedah & Perpustakaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis dimana program ini turut melibatkan para pelajar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ), Pasukan Institusi Pertahanan Awam ( PISPA ) dan juga Belia Siswa 4B KKKB seramai kira-kira 30 orang.
Selain daripada itu juga, buat julung kalinya, program ini berjaya melibatkan para pegawai kakitangan Perpustakaan dari Politeknik & Kolej Komuniti Pulau Pinang antaranya Politeknik Seberang Perai ( PSP ), Politeknik Metro Tasek Gelugor ( PMTG ) & Kolej Komuniti Tasek Gelugor ( KKTG ).