FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Pada 17 Februari 2022, Khamis ( 15 Rejab 1443 ), Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima lawatan dari pihak Unit Perpustakaan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah bagi persiapan & persediaan Akredetasi TTAC MBOT.
Di antara aktiviti program lawatan adalah taklimat tentang Pengurusan Perpustakaan KKKB, Hands-on Digital E-Book & perkongsian perincian maklumat berkaitan persiapan Perpustakaan KKKB dalam menghadapi Audit Akreditasi TTAC & MBOT.
Pada 19 Jun 2024, Rabu ( 12 Zulhijjah 1445 Hijrah ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima lawatan penanda aras dari Unit Perpustakaan & Penyelaras Pusat Sumber, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
( Kejururawatan ) Bertam, Pulau Pinang.
Di antara aktiviti program lawatan adalah taklimat tentang Pengurusan Perpustakaan KKKB meliputi permohonan koleksi, kolaborasi, audit, pelupusan bahan, aktiviti kelab Perpustakaan, hands-on digital e-Book serta bahan monograf lain, Pangkalan Data serta projek perpustakaan berkaitan perkongsian amalan baik LEAN Management.
Pada 28 Jun 2024, Jumaat ( 21 Zulhijjah 1445 Hijrah ) pihak Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas telah mengadakah lawatan dan seterusnya memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar berkaitan pengurusan perpustakaan akademik di Kolej Komuniti Bukit Mertajam dimana tiada Pegawai Perpustakaan ( Gred S ) ditempatkan disana.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah tunjuk ajar berkaitan penggunaan Sistem KOHA, Tatacara proses Shelving, Cataloging dan lain-lain aktiviti berkaitan pengurusan Perpustakaan.
Pada 08 Oktober 2024 ( Selasa ), 3 orang kakitangan Perpustakaan Politeknik METrO Tasek Gelugor ( PMTG ) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas.
Objektif lawatan tersebut adalah bagi mengetahui input-input berkaitan pengurusan Perpustakaan KKKB, Sistem Kawalan Keselamatan Security Gate Perpustakaan dan juga penubuhan serta aktiviti Kelab Perpustakaan LIBFRENZ disamping perkongsian idea-idea bagi menambahbaik pengurusan Perpustakaan kedua-dua institusi.
Pada 20 Disember 2024 ( Jumaat ) Perpustakaan Kolej Komuniti kepala Batas telah menerima lawatan oleh Puan Sahilah Binti Mohd Rodzi, Guru Perpustakaan Media iaitu wakil pihak Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah, kepala Batas, Pulau Pinang
Tujuan lawatan tersebut ialah bagi mengetahui berkaitan pengurusan perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ). Skop perbincangan adalah berkaitan Sistem Perpustakaan SLIB 3001v yang sinonim digunakan oleh kebanyakan sekolah di Malaysia, penubuhan Kelab Perpustakaan dan aktiviti berkaitan, tatacara pelupusan bahan Perpustakaan, aktiviti pinjaman berkelompok, tatacara berkaitan proses sumbangan bahan perpustakaan dan koaborasi bersama pihak Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ) serta institusi perpustakaan lain.
Selain daripada perbincangan berkaitan sistem perpustakaan, pihak Sekolah Menegah Kebangsaan Bertam Indah juga menyatakan hasrat berkerjasama bagi pelbagai aktiviti antara Kelab LIBFRENZ KKKB dan pihak sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah di masa akan datang.
Pada 06 April ( Isnin ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima kunjungan oleh Ts Ajlaa Anis Binti Azmi yang merupakan Penasihat Luar Program Sijil Teknologi Senibina ( STS ) dari Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Melalui kunjungan tersebut, pihak Perpustakaan KKKB telah berkongsi info berkaitan pengurusan perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) dimana skop penerangan adalah berkaitan Sistem Perpustakaan KOHA yang digunakan secara meluas di Perpustakaan khususnya di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, Tatacara pelupusan bahan Perpustakaan, Sistem Keselamatan Pintu Utama dan lain-lain perkara berkaitan pengurusan perpustakaan.
Selain daripada itu, perbincangan berkaitan tatacara penggunaan Buku Digital ( e-Book ) serta kaedah hebahan serta pangkalan-pangkalan data utama yang disediakan juga turut menjadi topik perbincangan utama.
TAJUK : LAWATAN KERJA PERPUSTAKAAN PERAK CULINARY ACADEMY@ KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH ( KKCP ), PERAK DAN PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR ( KKTG )
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera kepada semua khususnya warga KKKB.
Alhamdullilah, pada 10 Jun 2026 ( Rabu ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) telah menerima lawatan kerja dari pihak Perpustakaan Perak Culinary Academy@ Kolej Komuniti Chenderoh ( KKCP ), Perak dan juga dari Perpustakaan Kolej Komuniti Tasek Gelugor ( KKTG ) Pulau Pinang.
Lawatan kerja dari KKCP telah diwakili oleh Puan Basyirah Binti Mat, Penolong Pustakawan dan juga Puan Dayang, Pembantu Pustakawan manakala KKTG diwakili oleh Pembantu Pustakawan, Puan Rohani Binti Mat Rasee.
Pengisian program lawatan kerja secara serentak dari dua institusi ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana pada sesi pagi adalah lebih kepada perkongsian dan penelitian dokumen-dokumen berkaitan persediaan Audit MBOT, EOMS dan Penarafan Bintang Perpustakaan. Dokumen merangkumi prosedur dan tatacara proses Permohonan Pelupusan Bahan, Kertas Kerja penubuhan Kelab Perpustakaan LIBFRENZ, Penyediaan Statistik Perpustakaan secara digital, Sistem OPAC dan KOHA, Pelan Strategik 5 Tahun Perpustakaan, Sasaran Kerja Utama (SKU), MyPortfolio dan Rubrik Kajian Kepuasan Pelanggan.
Bagi sesi ke-2 pula pada petang, Latihan secara hands-on melibatkan proses tatacara penyediaan e-Book, e-Akhbar, e-Majalah secara atas talian menggunakan sumber aplikasi yang sesuai seterusnya dikongsi diplatform atas talian. Aktiviti seterusnya adalah tatacara asas membina Laman Web Rasmi Perpustakaan bagi tujuan perkongsian bahan, berita dan aktiviti Perpustakaan dan penutup adalah aktiviti tatacara proses dalam menghasilkan video bagi tujuan mewujudkan Profil Perpustakaan.