FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Pada 15 April 2022, Jumaat ( 13 Ramadhan 1443 ) kira-kira jam 5.30 Petang, anggota JK Lib Frenz telah memulakan aktiviti pertama "pemanas badan" dengan mengedarkan flyer KKKB di sekitar kawasan Bazar Ramadhan serta perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Pada 21 April 2022, Pihak Pengurusan Tertinggi KKKB, para pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas telah berjaya melaksanakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit.
Program ini turut dilaksanakan secara serentak di seluruh negara turut disertai oleh warga pelajar KKKB.
Pada Jumaat 26 Ogos 2022, Kelab LIBFRENZ telah mengambil kesempatan untuk menghias premis perpustakaan KKKB sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-65.
Pada 30 Ogos, Kelab Perpustakaan LIBFRENZ Kolej Komuniti Kepala Batas telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan ke - 65 Tahun.
Konsep kuiz ini adalah secara santai dan melibatkan seluruh warga KKKB dimana AJK LIBFRENZ akan terus mengajukan soalan berkaitan kemerdekaan secara terus kepada sesiapa sahaja di premis KKKB dan bagi mereka yang dapat menjawab soalan dengan tepat hadiah akan terus diberikan.
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS KELAB PERPUSTAKAAN ( LIBFRENZ ) KE POLIMAS, UNIMAP & PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
Pada 01 September ( Khamis ) , Kelab Perpustakaan LIBFRENZ telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, POLIMAS & Unimap.
Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi :-
1. Sebagai penanda aras dan input-input yang boleh dijadikan panduan
dan rujukan bagi proses Akreditasi MQA Kolej Komuniti Kepala
Batas.
2. Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme kakitangan
Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas.
3. Meningkatkan dan memantapkan lagi kecekapan dan keberkesanan
urustadbir perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas.
4. Meninjau dan berkongsi pengalaman dari aspek pengurusan
Perpustakaan.
5. Memberi peluang kepada kakitangan untuk bertukar-tukar pendapat
dan pengalaman bekerja dengan rakan-rakan staf di tempat yang
dilawati.
6. Memberi pendedahan kepada para AJK LIBFRENZ yang terdiri
daripada pelajar tentang suasana Perpustakaan besar.