FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Pada 13 April 2023 ( Khamis ), Ahli Jawatankuasa Kelab Perpustakaan LIBFRENZ bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) dan para sukarelawan Kolej Komuniti Kepala Batas telah berpeluang bersama-sama menjayakan Program #QuranHour Hour Peringkat Negeri Pulau Pinang di Masjid Jamiul Sharif, Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Antara pengisian program tersebut adalah :-
1. Ketibaan VIP dan hadirin
2. Solat Asar berjamaah
3. Ucapan pembukaan pengerusi majlis: En Mohammad Noor Bin Abdul Rahman
4. Ucapan Aluan Pengerusi Masjid : Dato’ Haji Ahmad Bin Darus
5. Pengerusi Rumah Ngaji P.Pinang : Tuan Hj Taufek b Hj Abd Rahman
6. Ucapan perasmian World Quran Hour oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Haji Abdul Aziz Bin Tajuddin
7. Edaran kad World Quran Hour Tadabbur Surah al Insan kepada hadirin.
8. Bacaan alQuran beramai-ramai dipimpin oleh Qari : Ustaz Abu Bakar b Ahmad
9. Penyampaian Tadabbur surah al Insan : Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar
10. Majlis tahlil ringkas dan Doa : Dipimpin oleh Ustaz Mohd Zubir b Din
11. Majlis Iftar
Pada 18 April 2023 ( Selasa ) bertempat di ruang bacaan Perpustakaan KKKB sekitar jam 1.15 Tengahari, Kelab Perpustakaan LIBFRENZ telah menganjurkan Kuiz Ramadhan kepada baki pelajar yang masih berada di Kolej sempena Aidilfitri.
Pada 18 Mei 2023 ( Khamis ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas melalui Kelab Perpustakaan LIBfrenz telah berjaya melaksanakan program Jom Baca 10 Minit.
Tepat pada jam 11.00 pagi, KKKB telah melaksanakan program ini secara serentak bersama institusi-institusi lain diseluruh negara yang mengambil bahagian bagi menyahut seruan Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ) dalam menerap tabiat membaca kepada seluruh masyarakat.
Sempena kemerdekaan negara kita, Malaysia tercinta yang ke-66 tahun, pihak perpustakaan KKKB telah mengambil inisiatif dengan turut bersama-sama menghias premis dengan kibaran Jalur Gemilang.
Aktiviti ini dijayakan sepenuhnya oleh ahli kelab Perpustakaan KKKB, LIBFRENZ. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Pada 13 September 2023 ( Rabu ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas telah diberi peluang untuk turut serta bersama-sama Unit Pengajian Am dalam menganjurkan Program Eksplorasi Malaysia Merdeka peringkat Kolej Komuniti Kepala Batas.
Premis Perpustakaan telah menjadi salah satu dari 6 check point ( check point IV ) yang disyaratkan kepada 16 buah kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar.
Aktiviti bagi check point IV adalah setiap kumpulan dikehendaki menjawab 5 soalan yang dikhaskan kepada setiap individu dimana tiada sebarang bantuan daripada ahli kumpulannya.
Terdapat 16 set soalan yang telah di sediakan dan ia berbeza setiap satu dimana soalan-soalan berkisar berkaitan sejarah tanah air bermula daripada Tahun 1400 ( Pembukaan Melaka ) hingga Tahun 2023 ( Era Madani ) selain geografi dan juga pengetahuan am berkaitan kepimpinan negara dan juga kemerdekaan.