LUMINIONS

teromba nas.MOV

ANALISIS HALANGAN

      Rakaman yang disampaikan oleh pembentang kurang jelas. Hal ini demikian kerana, kejelasan video pembentang kurang memuaskan dan juga sedikit kabur. Dalam erti kata lain, resolusi video yang dibentangkan kurang jelas. Dari segi penambahbaikan pula, pembentang boleh merakam video pembentangan menggunakan kamera berkualiti tinggi berbanding menggunakan telefon bimbit. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan sebuah video pembentangan yang lebih jelas dan juga High Definition ( HD ) iaitu 720p.

      Kemahiran menyunting video yang kurang cekap. Hal ini kerana kurangnya penerokaan kendiri terhadap aplikasi-aplikasi penyunting video. Perkara ini mungkin disebabkan oleh sikap individu ini yang tidak ingin mencuba perkara baharu. Kesannya, video yang dihasilkan disunting dengan cara yang kurang menarik perhatian. Justeru, individu ini perlulah meningkatkan kemahiran dalam menyunting video agar dapat menghasilkan video-video yang lebih menarik pada masa akan datang.


ANALISIS ISU 

         Penyampaian yang kurang lancar. Hal ini kerana kurangnya mempraktikkan pengucapan awam dalam kehidupan seharian. Perkara ini mungkin disebabkan oleh keyakinan diri yang rendah dalam diri. Kesannya, individu ini tidak dapat bercakap dengan lancar dan spontan sewaktu merakamkan video. Justeru, individu ini perlulah melibatkan diri dalam aktiviti pengucapan awam agar keyakinan diri dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.