NIRMALA
PLOT CERITA KANAK-KANAK : MESIN MASA EMAN
Plot 1 : Memperkenalkan watak
Eman merupakan seorang pereka cipta yang terinspirasi daripada arwah ayahnya yang merupakan seorang pereka cipta yang amat berjaya.
Pian merupakan kawan baik Eman.Pian merupakan seorang saintis yang amat meminati dinasour.
Professor Imran merupakan kawan baik kepada arwah ayah Eman.
Plot 2 : TP1 - Konflik 1
Ketika sedang menjamu selera di sebuah cafe,Pian berkata kepada Eman dia amat teringin untuk melihat dinasour yang masih hidup secara berhadapan.
Eman pula sudah lama mempunyai impian untuk mencipta mesin masa.
Mereka bersepakat untuk mencipta mesin masa bersama-sama.
Namun malang sekali,tiada sesiapa yang mahu membantu mereka kerana merasakan mencipta mesin masa merupakan perkara yang mustahil.
Mereka tiada wang dan sukar untuk mencari barang dan alatan.
Plot 3 : Konflik 2 - Konflik 3
Ketika mahu pulang dari makmal,Pian mengalami kemalangan.Projek mereka terpaksa ditangguhkan.
Sepanjang menunggu Pian sembuh,Eman cuba untuk mengumpulkan wang dan barang untuk memulakan projek mereka.
Pian sembuh dan mereka memulakan projek.
Namun banyak percubaan mereka yang gagal dan mereka hampir untuk berputus asa.
Plot 4 : TP2 - Klimaks
Tiba-tiba Eman dihubungi oleh seorang lelaki.Lelaki tersebut ialah Professor Imran iaitu kawan baik arwah ayahnya.
Professor Imran mengetahui tentang projek mereka dari sebuah blog yang ditulis oleh Eman.
Professor Imran bersetuju untuk membantu mereka dan menunjukkan kepada Eman peninggalan arwah ayahnya.
Peninggalan itu amat membantu dan mereka terus bersemangat untuk menyambung projek mereka.
Plot 5 : Peleraian
Mereka akhirnya berjaya untuk mencipta mesin masa.
Pian berjaya untuk melihat dinasour secara bersemuka.
Eman berjaya membuktikan kemampuannya untuk mencipta mesin masa.