Aktiviti 4

5. Pengucapan awam


Suatu proses komunikasi lisan yang berupa pelahiran bahasa melalui suara dan ungkapan, serta menunjukkan bahasa bukan lisan atau anggota tubuh badan secara menyeluruh bagi memenuhi hasrat atau maksud pengucap.


Pengucapan awam atau berkomunikasi lisan ialah aspek keterampilan berbahasa merujuk kepada keterampilan berucap di khalayak ramai yang melibatkan beberapa perkara seperti penyampai, mesej, penerima dan maklum balas.

Dalam konteks bertutur, proses tersebut dapatlah diadaptasi daripada proses komunikasi (Ab. Rahman & Wan Som, 1995) iaitu melibatkan penyampai, mesej, penerima dan maklum balas.

 Penyampai atau sumber – sesuatu yang berupaya untuk berkomunikasi seperti manusia.

 Mesej – simbol yang mempunyai makna.

 Penerima – sesuatu yang berupaya untuk mentaksir makna yang terkandung dalam mesej seperti seorang pendengar.

 Maklum balas – Komponen yang menjadikan proses komunikasi satu putaran untuk melengkapkan proses tersebut.

Memaklumkan sesuatu

Memperjelas maklumat kepada pendengar agar memahami yang disampaikan, bermakna dan mudah diingati.

3 perkara dalam ujaran bermaklumat

   i. Memberitahu perkara yang diperkatakan

   ii. Maklumkan perkara tersebut

   iii. Membuat penyimpulan perkara yang diperkatakan.


Penyampaian Maklumat yang Berkesan :

Mulakan dengan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian dan terus mendengar .

Urutan isi ujaran yang jelas.

Gunakan bahasa yang natural dan kurang bahasa bersifat teknikal dan berbunga-bunga.

Penyampaian fakta secara terus dan tidak berbelit -belit serta berulang-ulang.

Gunakan bahan bantu (gambar, rajah, carta dll.)

Membuat rumusan/penyimpulan  di akhir  maklumat.


Keseronokan

Bertujuan menyeronokkan dan menghiburkan pendengar,

Merupakan sampingan kepada  tujuan bertutur sebenar.

Memberi faedah kepada penutur dan pendengar.

Pendengar cenderung untuk memberi perhatian kepada penutur.

Guru harus berkebolehan menyelitkan unsur kecindanan agar murid tidak bosan dan tertekan semasa belajar.


Penyelesaian masalah

Untuk melaksanakan satu  tugasan yang diberi  dan perlu disempurnakan oleh pendengar. 

Penutur perlu mengetahui  serba sedikit  tentang pendengar sama ada mempunyai pengetahuan atau pengalaman  terhadap perkara tersebut.

Pendengar perlu bertutur dan berinteraksi  bagi menyempurnakan tugasan tersebut 

Penutur  perlu berupaya memberikan maklumat dan cadangan untuk penyelesaian masalah yang diketengahkan


Pelahiran idea dan emosi

Merupakan sebahagian daripada  aktiviti bertutur dalam bilik darjah.

Pelajar diberi peluang bertutur  bagi mengemukakan pendapat dan idea mereka

Pelajar perlu juga dilatih dan dipandu agar dapat menzahirkan idea yang bernas dan kritis.

Penutur  harus dilihat sebagai kawan  dan bersedia mendengar idea mereka.




Tugasan

Antara tujuan pengucapan awam ialah untuk memaklumkan sesuatu, penyampaian maklumat berkesan, penyelesaian masalah serta pelahiran idea dan emosi.

Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan video TikTok tentang TEROMBA yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memenuhi tujuan sesuatu pengucapan awam itu.

Anda boleh menggunakan kaedah IF-SWOTTA.