GROUNDBREAKERS 

Pengenalan

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Kelihatan kelibat tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Amin, Hadi dan Kenanga merupakan sahabat baik sejak mereka kecil lagi. Mereka tinggal di Kampung Melur yang aman dan damai. 

Langit gelap kian menutupi tanda sudah ingin malam. Mereka masih belum mahu pulang walaupun ibu bapa mereka kerap menasihati mereka untuk pulang awal. 

 “Jom, kita main gelongsor lagi!” , kata Amin kepada Hadi. 

“Kamu masuklah dulu Amin, nanti saya dan Kenanga ikut sekali” , jawab Hadi.

Semasa mereka sedang menuruni gelongsor,tiba-tiba muncul satu lohong putih di penghujung gelongsor tersebut.Secara tiba-tiba penglihatan mereka menjadi gelap.

Aksi Menaik 

Tidak lama kemudian Amin muka tersedar kerana terhidu suatu bau yang manis…Amin pun mula mengejutkan Hadi dan Kenanga yang masih tidak sedarkan diri…Sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke dunia baru yang dikenali sebagai Dunia Manis tersebut mereka berasa sangat takut.Kebanyakan daripada penduduk Dunia Manis itu menyapa mereka dengan sangat ramah kecuali Encik Coklat.Encik Coklat hanya memandang mereka dengan pandangan yang tajam.Tidak lama setelah mereka memasuki dunia manis itu segala perasaan takut yang dan resah mereka hadapi sebelum ini hilang secara tiba-tiba.Mereka juga berasa sangat gembira apabila berada di dunia manis itu kerana mereka boleh menikmati pelbagai jenis makanan manis seperti kek dan coklat sesuka hati mereka tanpa dikawal oleh ibu bapa mereka yang sering memarahi mereka semasa mereka berada di dunia asal mereka.Ali,Hadi dan Kenanga yang sedang seronok menikmati pelbagai jenis makanan tidak sedar bahawa ada yang sedang memerhatikan mereka.

KLIMAKS

Dalam sebuah istana yang megah berdiri terdapat seorang ratu yang cantik dan jelita bernama Ratu Kek. Ratu Kek ini digeruni oleh seluruh penduduk Dunia Manis kerana tindakan beliau yang kejam kepada penduduk Dunia Manis. Ketika beliau sedang beristirahat di dalam kamarnya, Beliau dapat merasakan tenaga kuasa manusia yang masuk ke alam itu. Ratu Kek menitahkan agar  tenteranya mencari kanak-kanak tersebut  "Cari dan tangkap kanak-kanak yang berani mencerobohi alam ini. Pastikan mereka tidak dapat terlepas daripada penjara manis"  Amin, Hadi dan Kenanga yang sedang melarikan diri daripada tentera Ratu Kek, akhirnya ditangkap dan dimasukkan dalam penjara manis. Setelah ditahan, kanak-kanak itu menangis ketakutan dan merindui keluarga mereka yang jauh dari Dunia Manis.

Aksi Menurun 

Setelah beberapa hari mereka terkurung di dalam penjara, mereka asyik menangis ketakutan dan kelaparan kerana tiada makan untuk dimakan. Encik coklat yang amat ditakuti oleh Ali, Hadi dan Kenanga datang untuk menyelamatkan mereka untuk keluar dari penjara tersebut. Ketika itu, semua penduduk kampung berada dia rumah masing-masing kerana mereka sangat gerun untuk menentang Ratu Kek yang sangat garang. Ketika  Encik Coklat datang untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam penjara, Ratu Kek terhidu suatu bau yang kurang menyenangkan. Lalu, Ratu Kek datang ke penjara tersebut kemudian melihat Encik Coklat sedang menyelamatkan Ali, Hadi dan Kenanga. Mereka sempat dibebaskan. Kemudian Encik Coklat pula ditangkap! Ali, Hadi dan Kenanga merayu pada penduduk dunia manis untuk memberikan pertolongan bagi menyelamatkan Encik Coklat yang telah tertangkap di dalam penjara manis 

Peleraian

Selepas mendengar pujuk rayu mereka, Encik Lolipop berasa agak simpati dan berhasrat untuk membantu mereka menyelamatkan Encik Coklat. Encik Lolipop pun memikirkan pelbagai idea untuk mengalahkan Ratu Kek. Tiba-tiba terlintas satu idea yang bernas di dalan fikiran Encik Lolipop. Encik lolipop merancang untuk menggunakan kelemahan Ratu Kek iaitu air untuk mengalahkannya sekaligus menyelamatkan Encik Coklat yang berada di dalam tahanannya. Encik Coklat bersama-sama dengan penduduk dunia manis  pun menyimbah air ajaib ke ratu coklat. Ratu Kek menjerit kesakitan dan melesap dari dunia manis itu. Akhirnya, penduduk dunia manis dapat mengalahkan ratu kek dan menyelamatkan kanak-kanak untuk pulang ke dunia nyata. Sejak dari itu, Ali, Hadi dan Kenanga pun sentiasa mendengar kata-kata dan nasihat ibu bapa mereka.