KREVASI
STEVE JOB
(Pencipta Produk Apple)
Lima Aspek Kredibiliti Steve Job
Steve Job akan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat yang diinginkan sehingga produk yang dihasilkan bertaraf World Class dan diterima baik oleh masyarakat.
Menetapkan visi dan misi yang boleh memotivasikan diri kita dan membuat perencanaan yang matang bagi melakukan sesuatu pembaharuan dalam kehidupan.
Steve Job tidak takut untuk menyampaikan pemikirannya yang berbeza dengan orang lain hingga menjadikannya seorang pencipta dan pemimpin terkemuka di dunia.
Beliau tidak berputus asa kerana beliau mempercayai bahawa bangkit dari kegagalan itu dapat membuahkan kejayaan yang luar biasa.
Menunjukkan sikap yang sentiasa bersemangat, termotivasi dan menunjukkan keyakinan bagi mempengaruhi audiens
Lima Aspek Kewibawaan Steve Job
Antara aspek kewibawaan yang ada pada Steve Job ialah beliau berketerampilan menarik dan kemas yang boleh mempengaruhi kepercayaan masyarakat untuk memimpin dunia.
Seterusnya, mempunyai jati diri yang kuat dan berintegriti tinggi sebagai pemimpin supaya dapat melaksanakan sesuatu kerja dengan baik dan memenuhi aspirasi negara.
Selain itu, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dalam menyampaikan hujahan supaya difahami oleh pendengar tentang sesuatu perkara yang dibincangkan.
Aspek selanjutnya ialah penggunaan kata-kata yang powerful namun mudah difahami oleh pendengar bagi menciptakan keberkesanan luar biasa semasa presentasi.
Steve Job seorang yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu produk yang dapat memenuhi kehendak masyarakat dalam kehidupan.
Lima Teknik Steve Job
Steve Job sentiasa menjalankan perbincangan dan mesyuarat semasa berjalan kerana beliau mengakui bahawa ideanya diperolehi semasa berjalan.
Steve Job mengamalkan kehidupan yang sederhana dan simple bagi meningkatkan fokus terhadap perkara yang lebih penting dalam kehidupan.
Steve Job sentiasa mendekatkan diri dengan orang yang hebat dan berjaya bagi mendapatkan idea dan inspirasi untuk melakukan sesuatu perkara.
Beliau menghubungkan idea dengan benda yang boleh mencetuskan penghasilan produk yang belum dihasilkan oleh orang lain iaitu produk Applenya yang tersendiri.
Steve Job memahami kepentingan melakukan latihan dengan bersungguh-sungguhbagi menciptakan kesempurnaan.