KREVASI
Binaan Plot
Plot 1
Lili seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 9 tahun
Lili pergi ke sambutan hari lahir rakannya
Lili menulis diari tentang keinginannya untuk mendapatkan hadiah yang banyak
Lili sedar bahawa dia bukan berada dalam golongan orang yang senang
Plot 2
Lili mencuba nasib untuk meminta dengan ibunya
Ibu Lili mempunyai masalah kewangan kerana adiknya sakit
Lili memarahi ibunya kerana ibunya tidak dapat menunaikan permintaan untuk mendapatkan hadiah yang banyak pada hari lahir Lili.
Selepas dimarahi oleh ibunya, Lili masuk ke dalam bilik dan meluahkan perasaannya kepada Bobbi
Plot 3
Bobbi merupakan anak patung kesayangan Lili
Tiba-tiba Bobbi bersuara dan mengajak Lili ke suatu tempat yang dipenuhi dengan keinginan kanak-kanak
Terdapat kanak-kanak yang lain juga di tempat tersebut
Bobbi merupakan patung yang boleh mengeluarkan hadiah untuk diberikan kepada kanak-kanak
Lili meminta keinginannya iaitu mendapat hadiah yang banyak pada hari lahirnya
Bobbi meletakkan dua syarat kepada Lili bahawa dia boleh mendapat keinginannya dengan membantu lola untuk mencari tuan barunya dan Lili perlu berubah iaitu bersyukur dengan apa yang dimilikinya
Lola pula ialah kawan kepada Bobbi
Lili bersetuju dengan syarat itu dan sudi membantu Bobbi untuk mencari Tuan baru kepada Lola
Plot 4
Tiba-tiba Lili tersedar yang ada patung jatuh atas kepalanya
Bobbi pernah meminta Lili bantu Lola untuk mencari Tuan baru
Zara mengajak Lili ke rumahnya untuk bermain
Lili bawak kotak ke rumah Zara sebagai hadiah hari lahir Zara
Hadiah yang Zara dapat ialah anak patung
Anak patung tersebut ialah Lola
Lola telah mendapat tuan baru
Plot 5
Lili sambut hari lahirnya
Ibunya memberi hadiah coklat sahaja
Pada malam itu ibu dia berkata yang ada orang hantar barang yang banyak (tiada nama pengirim)
Lili keluar tengok hadiah yang banyak (keinginannya)
Lili tahu yang semua itu hanya khayalan tetapi dia percaya setiap perbuatan yang baik akan dibalas tanpa diminta