0% RISK

Video Teromba

6.Muhammad Harith Danial bin Asri.mov

Penyampai Teromba : 

1) Muhammad Harith Danial bin Asri

 2) Muhammad Imtiyaz bin Ahmad Musthafi


Aspek Halangan

Muzik latar tidak sesuai. Bunyi muzik tersebut terlalu kuat. Hal ini berlaku kerana pemilihan muzik yang agak rancak. Kesannya suara penyampai akan tenggelam dan menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak jelas. Oleh itu, perkara ini dapat diatasi dengan menurunkan bunyi suara latar dan memilih lagu yang lebih bersesuaian. 

Reaksi muka seorang penyampai menjadi satu isu dalam suatu penyampaian. Reaksi muka memainkan peranan yang amat penting dalam setiap penyampaian. Hal ini kerana penonton akan lebih memahami maklumat yang disampaikan melalui reaksi muka. Kesannya, maklumat yang disampaikan mungkin akan disalah tafsir. Oleh itu, perkara ini perlu diatasi dengan mempamerkan reaksi muka yang bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan.

Cara penyampaian yang tidak lancar. Penyampai seakan- akan membaca skrip . Hal ini kerana penyamapai tidak meneliti dahulu teks sebelum merakam video tersebut. Kesannya, penonton tidak akan fokus terhadap apa yang hendak disampaikan. Perkara ini boleh diatasi dengan penyampai memahami serta meneliti teka terlebih dahulu.

Sudut rakaman yang tidak sesuai. Sudut rakaman menjadi satu sebab video tersebut tidak menarik untuk ditonton. Hal ini kerana sudut rakaman juga memainkan peranan yang besar untuk menarik perhatian para penonton. Kesannya, apabila sudut rakaman tidak sesuai penonton akan berasa bosan seterusnya tidak melihat video tersebut hingga akhir. Perkara ini boleh diatasi dengan memilih sudut rakaman yang sesuai dengan situasi

Penggunaan bahasa badan yang kaku. Bahasa badan yang kaku menunjukkan penyampaian kurang berkesan. Hal ini kerana bahasa badan memainkan peranan yang penting dalam suatu penyampaian. Kesannya, fokus penonton akan terjejas. Perkara ini boleh diatasi dengan penyampai menggunakan bahasa badan yang lebih kreatif bagi menarik perhatian penonton

Penggunaan unsur grafik yang sedikit. Unsur grafik merupakan elemen penting dalam penghasilan sesebuah video. Hal ini kerana grafik merupakan tarikan utama dalam suatu video. Kesannya, penonton sukar mendapat maklumat dengan jelas. Perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan unsur grafik yang lebih banyak dan menarik supaya penonton dapat menerima maklumat.