0% RISK

Jebat dengan Helahnya


Plot 1

Pada Zaman dahulu, tinggal seorang pemuda di pinggir kampung, Jebat empunya nama. Dia seorang yang miskin dan hidup sebatang kara. Jebat tinggal di sebuah rumah yang usang. Hobi Jebat memancing. Setiap petang , Jebat akan memancing di tebing sungai.

“Bosannya apa nak buat ni ”kata Jebat.

Jebat meneruskan rutin hariannya seperti biasa .

“Sampai bila aku nak hidup macam ni, aku mesti cari wang untuk kesenangan hidup.”ujar Jebat dalam hatinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia singgah sebentar di warung untuk minum kopi.Tiba-tiba Jebat terdengar Pak Pojok sedang berbual tentang pertandingan memburu di hutan.

“Tahu tak hujung bulan ini, ketua kampung akan menganjurkan pertandingan memburu di hutan.Dengar cerita lumayan juga hadiah yang ditawarkan” Kata Pak Pojok.

 

Plot 2

Setelah berfikir panjang, Jebat mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan memburu. Akan tetapi, Jebat tidak mempunyai alat untuk memburu. Tambahan pula, dia juga tidak mempunyai pengalaman dalam memburu.

“Tak boleh jadi ni, aku kena cari alat memburu secepat mungkin .” Kata Jebat .

Jebat pun meneruskan perjalanan untuk mendapatkan busur.

“Eh Jebat kau nak sertai pertandingan ni ke, setahu aku ramai pemburu handal yang turut serta.” Kata pemilik kedai itu.

Jebat berasa sedikit gusar mendengar perkara itu.

“boleh ke aku menang ni ?”Jebat bermonolog.

Jebat pun berlalu pergi sambil memikirkan harga busur yang tidak dapat dimilikinya itu.

 

Plot 3

Dalam perjalanan pulang, Jebat masih memikirkan cara agar dia boleh sertai pertandingan tersebut. Seminggu berlalu tanpa penyelesaian. Jebat hampir berputus asa lalu meneruskan kehidupan  hariannya seperti biasa. Setelah selesai mengemas halaman rumah, dia duduk berehat di serambi rumahnya.

“Aduh pertandingan semakin dekat, bagaimana aku nak memburu jika tiada alat.”keluh Jebat.

Jebat termenung memikirkan masalahnya. Tiba Tiba dia terlihat sebatang periuk kera memerangkap serangga .Secara langsung terlintas di fikiran Jebat untuk menghasilkan jerat bagi menangkap haiwan buruan di hutan.

“Ha aku ada idea!”. Kata Jebat

 

Plot 4

Keesokan harinya, Jebat telah bangun pada awal pagi untuk melaksanakan rancangannya. Dia berasa teruja untuk mencuba perangkap baharu. Jebat terus ke hutan untuk mencari tempat yang strategik bagi memasang perangkapnya. Jebat mula mengumpul ranting dan daun kering untuk membuat perangkap. Kemudian Jebat pun menggali lubang. Dia menutup lubang itu dengan ranting dan daun kering yang telah dikumpulkan tadi.

“Aku harap ada haiwan yang akan masuk perangkap ni “ kata Jebat .

Sangkaan Jebat adalah tepat . Dia melihat seekor pelanduk terjerat dalam perangkapnya.

“Aku yakin dengan cara ni aku boleh menang!”

Sebelum hari kejadian, Jebat pun memasang beberapa perangkap di hutan tempat pertandingan diadakan.

 

Plot 5

Hari yang dinanti telah pun tiba. Semua pemburu handal hadir bersama alatan memburu mereka yang canggih. Jebat tersenyum melihat gelagat pemburu yang hadir.

“Dengan perangkap yang telah dibuat, aku yakin aku dapat mengalahkan pemburu lain.” Kata Jebat dengan yakin.

Ketua kampung melepaskan das tembakan tanda pertandingan bermula . Semua pemburu bergegas ke hutan untuk memburu haiwan. Jebat tidak terburu-buru seperti pemburu yang lain . Dia pasti bahawa helahnya akan berjaya . 3 jam berlalu menandakan masa telah tamat . Semua pemburu membawa hasil buruan ke tempat berkumpul . Juri pun memberi markah .

“Pemenang bagi pertandingan memburu pada kali ini jatuh kepada Jebat Hasan .”

Bilangan  hasil buruannya lebih banyak berbanding pemburu handal yang lain . Usaha yang dilakukan Jebat selama ini tidak sia-sia . Jebat telah membawa pulang hadiah yang lumayan . Jebat bangga kerana dia telah berjaya mencapai apa yang dihajatinya . Seperti kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan .