KREVASI

HALANGAN KOMUNIKASI 


Halangan luaran merupakan antara halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa. Penyampai teromba merupakan individu yang terlibat dalam isu ini. Antara halangan tersebut adalah halangan yang datang dari persekitaran seperti gangguan bunyi burung menjadikan proses penyampaian teromba itu terganggu dan proses komunikasi dijalankan tidak berkesan. Kesannya, penyampai yang menghadapi halangan luaran mempunyai kesukaran untuk menyampaikan mesej atau maksud teromba kepada pendengar. Ianya akan menjadikan pendengar tidak mendapat apa-apa mesej atau manfaat daripada teromba yang ingin disampaikan. Antara langkah yang boleh diambil ialah pelajar  boleh membuat rakaman di dalam bilik agar tidak menghadapi sebarang gangguan atau halangan sewaktu penyampai menyampaikan teromba. 


Seterusnya, halangan sikap penyampai dari sudut positif adalah penyampai menyampaikan teromba dengan sikap mesra dan tidak berlebih-lebihan. Hal ini demikian kerana penyampai melakukan penyampaiannya di kawasan luar yang terbuka. Sikap penyampai yang menyampaikan teromba dan mesej dengan mesra tanpa bersikap lebih-lebihan membuatkan video tersebut tidak terlalu panjang yang mungkin akan membuat penonton bosan serta mesej yang padat disampaikan dalam waktu yang singkar. Kesan daripada sikap penyampai iakah pendengar dapat menikmati video tersebut dan dapat menontonnya sehingga ke penghujung video. Antara cadangan bagi menambah baik video tersebut ialah pelajar boleh menggunakan intonasi yang lebih menarik serta meletakkan lebih banyak unsur-unsur hiburan. 


Akhir sekali, halangan dalam berkomunikasi adalah disebabkan oleh komunikasi sehala. Komunikasi sehala berlaku apabila penyampai tidak mendapat respon daripada pendengar. Hal ini kerana cara penyampaian yang dilakukan adalah dalam bentuk video. Kesannya, komunikasi yang berlaku antara penyampai dan pendengar tidak berkesan. Langkah yang boleh diambil oleh penyampai adalah dengan mangajukan beberapa soalan kepada para pendengar selepas selesai menonton video.




ISU KETERAPILAN BERBAHASA


 Antara isu yang pertama adalah penggunaan dialek. Kita dapat lihat bahawa penyampai menyampaikan teromba menggunakan dialek Negeri Sembilan. Penyampai menggunakan dialek Negeri Sembilan kerana kebanyakan pendengar adalah orang yang berasal dari Negeri Sembilan. Selain itu, penyampai ingin belajar sesuatu yang baharu iaitu bercakap dalam dialek selain daripada negeri asal. Implikasinya, penggunaan dialek akan menjejaskan komunikasi kerana pendengar yang tidak berasal dari Negeri Sembilan sukar untuk memahami maksud teromba yang disampaikan. Oleh itu, penyampai perlu menyampaikan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris.


Seterusnya, penggunaan bahasa badan yang tidak sesuai merupakan antara isu dalam keterampilan berbahasa. Penyampai kurang membuat pergerakan tubuh ketika menyampaikan teromba dan maksudnya. Hal ini demikian kerana penyampai kurang keyakinan diri apabila membuat pengucapan awam. Kesannya, penyampai tidak dapat meningkatkan kemahiran individu seperti pengucapan awam. Oleh itu, penyampai perlu meningkatkan keyakinan diri dengan sentiasa berlatih untuk bercakap di hadapan orang ramai dan berhujah dengan ilmu dan fakta yang kukuh.