Aktiviti 3
“IF_SWOTTA”
Satu Kaedah Menguasai Kemahiran Penucapan Awam oleh Muhaimi Suhaili
“IF_SWOTTA” [ISSUE]
Ada isu telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu.
Anda tidak ada pilihan melainkan akur dengan isu yang telah dimuktamadkan oleh pihak penganjur.
Contoh: Pengarah meminta anda berkongsi tentang pengalaman melancong di China dalam satu majlis.
Contoh: Pembentangan inovasi
Jika isu yang dipilih adalah bebas, anda boleh memilih mana-mana isu yang menarik. Isu ini barangkali sebagai satu cerita, idea tentang sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.
Isu itu mungkin popular atau sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kita.
“IF_SWOTTA” [FOCUS]
Fokus atau beri tumpuan terhadap maklumat yang anda tahu banyak tentangnya.
Pengetahuan anda tentang perkara itu dari A – Z.
Sebaik-baiknya tentang pengalaman yang dialami sendiri.
Jika pengalaman orang lain, sumber mestilah secukupnya.
Jika isu yang difokuskan itu telah ditentukan, anda hanya perlu dalaminya sahaja dan terus kepada SEARCH.
“IF_SWOTTA” [SEARCH]
Setelah isu dan fokus terhadap idea itu telah diperoleh atau dicapai, anda perlu mendalami perkara itu dengan mencari maklumat tersebut.
Pastikan sumber yang anda peroleh itu memenuhi tuntutan isu atau perkara yang hendak disampaikan itu.
Jika isu dan fokus sudah ditentukan, tugas anda ialah mencari maklumat yang sebanyak mungkin untuk menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran yang diminta itu.
Sumber-sumber boleh diperoleh melalui bacaan, pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan sebagainya.
Sumber-sumber lain yang boleh membantu ialah carian dalam talian seperti di laman web, Wikipedia, Google dan sebagainya.
“IF_SWOTTA” [WRITE]
Tulis dan catat idea atau maklumat yang dicari itu.
Catatan diperlukan agar maklumat itu tidak tertinggal.
Tulis atau catat sebanyak mungkin idea tersebut.
Setiap catatan hendaklah difahami sendiri oleh anda.
“IF_SWOTTA” [ORGANISE]
Semua maklumat yang diperoleh melalui catatan hendaklah disusun mengikut kepentingannya.
Jika satu isu, fokus idea terhadap idea itu mengikut kepentingannya.
Susun idea mengikut urutan iaitu pengenalan, isi-isi dan penutup, serta sesuaikan dengan masa.
Menulis ucapan yang hendak disampaikan
Mengingat dan memahami idea yang ditulis itu
“IF_SWOTTA” [TIPS]
Tips 1
Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berbasikal. Ini penting untuk kesihatan jantung.
Buat persediaan awal. Fahami dan alami topik ucapan atau pembentangan. Usah tangguh ke saat-saat akhir.
Pastikan cukup rehat dan tidur. Tubuh dan minda yang cukup rehat mampu mengendali stress dengan lebih baik.
Alas perut dengan juadah ringan. Elakkan makanan pedas. Seusai itu, kosongkan pundi kencing dan usus.
Elakkan minuman berkaffein sebelum berucap. Kaffein menyebabkan takikardia— jantung berdegup pantas.
Datang awal, agar tidak tergesa-gesa. Kelewatan adalah stress tambahan yang perlu dielakkan.
Kenali audien. Beramah-mesra dengan beberapa individu daripada audien sebelum giliran anda berucap.
Fokuskan minda kepada manfaat yang bakal audien peroleh daripada pembentangan anda. Yakinkan diri.
Jika gugup kerana diperhatikan oleh ramai audien, kekalkan kontak mata pada individu telah dikenali tadi.
Andai masih gugup juga, letakkan tangan di belakang. Supaya tak kantoi kau sedang terketar-ketar.
Jangan menunjuk-nunjuk kesalahan anda walaupun anda sedarinya.
Jadilah diri anda sendiri tanpa meniru bulat-bulat suara orang lain terutamanya.
Gunakan laras bahasa yang baik dan pakaian yang sesuai dengan majlis.
Sebut idea yang kreatif dan baharu.
Fikir dan berucap dalam bentuk outline atau perenggan dan jangan membaca satu-persatu ayat anda seperti murid.
Tips 2
Sekiranya anda tersangkut dalam ucapan anda, anda tidak perlu mengulangi ayat anda kecuali ia penting.
Habiskan ucapan anda sebelum penonton menghabiskannya, ia bermaksud ucapan anda hendaklah tidak terlalu membosankan, biar ringkas tetapi padat.
Setiap ucapan disebut dengan yakin.
Tujuan pengucapan awam bukanlah bagi memuji yang keterlaluan atau memaki hamun tetapi menyampaikan pesanan dan maklumat itu yang paling penting.
Mulakan pembuka bicara yang menarik yang membuatkan orang tertarik.
Tarik nafas dalam-dalam berselawat dan membaca doa.
Duduk diam dan bertenang
Minum air putih
Melakukan senaman ringkas
Berlatih vokal dan suara
Analisa penonton
Tips 3
Percaya bahawa gemuruh itu adalah normal
Pujuk diri sendiri
Berlatih berucap di hadapan cermin
Jadikan rakan karib sebagai penonton
Lakukan persediaan yang secukupnya
Memahami emosi gugup
Yakin pada diri sendiri
Tips 4
Beranikan diri menjadi volunteer.
Susun perkataan atau frasa pertama bagi setiap idea.
Buang rasa nervous.
Tingkatkan gaya penyampaian.
“IF_SWOTTA” [TRAINING]
Mulakan dengan Latihan.
Berlatihlah di depan kawan-kawan anda dan minta mereka memberi maklum balas.
Boleh juga berlatih di depan cermin.
Boleh rakam sama ada audio atau visual, kemudian buat penilaian.
Latihan akan membantu kita mengurus masa dengan bijak.
Latihan yang banyak akan meningkatkan daya keyakinan kita.
“IF_SWOTTA” [ACTION]
Anda tadi sudah tentukan isu dan berlatih. Tinggal sahaja lagi anda perlu lakukannya sahaja. Apabila berada di khalayak ramai, anda hanya perlu bercakap sahaja berdasarkan perancangan yang dibuat.