HONEY STAR

8. Muhammad Hasan bin Mohd Fadzlee

Analisis halangan

Rakaman yang disediakan oleh penyampai kurang statik. Penyampai meletakkan kamera rakaman ditempat yang kurang sesuai. Penyampai tidak mempunyai alatan yang sesuai dan baik untuk membuat rakaman video. Kesannya, video yang dihasilkan tidak mempunyai kualiti dan tidak statik dalam erti kata lain bergegar. Cadangan untuk mengatasi halangan ini adalah penyampai perlu menggunakan alat yang bersesuaian seperti tripod untuk membuat rakaman video yang lebih baik dan berkualiti. 

Selain itu, penyampai merakam video hanya di satu tempat yang sama. Penyampai merakam video di satu tempat yang sama kerana dia menganggap bahawa perkara itu akan memudahkan urusannya. Penyampai berasa agak sukar untuk bergerak ke banyak tempat. Kesannya, video membosankan dan tidak menarik perhatian penonton. Oleh hal yang demikian, penyampai haruslah mempelbagaikan tempat rakaman untuk merakam video. 

  Akhir sekali, penyampai tidak mempunyai kontak mata terhadap kamera. Penyampai kurang fokus untuk menyampaikan isinya ketika merakam video. Penyampai sedikit gugup dan kurang bersedia sebelum merakam video. Natijahnya, penyampai tidak mempunyai interaksi dengan penonton dan perkara yang disampaikan kurang berkesan. Oleh itu, penyampai seharusnya memperbanyakan latihan untuk meningkatkan fokus. 

Analisis isu

Penyampai tidak mempunyai ekspresi wajah yang pelbagai kerana penyampai tidak berkemahiran menyesuaikan ekspresi wajah berdasarkan apa yang disampaikan. Hal ini kerana penyampai tidak membuat persediaan yang secukupnya sebelum merakam video. Kesannya, penonton akan merasa bosan terhadap video yang ditonton. Langkah untuk mengatasi isu ini, penyampai perlu berlatih untuk menzahirkan ekspresi wajah yang sesuai.

Penyampai kurang menyunting video yang telah dihasilkan kerana kurang kreatif. Hal ini kerana video tersebut kurang grafik yang dapat menarik perhatian penonton. Kesannya, video yang dihasilkan membuatkan penonton mengantuk. Oleh itu, cara untuk menanganinya adalah mempelbagaikan grafik supaya video kelihatan lebih menarik.

Akhir sekali, penyampai kurang bahasa tubuh ketika menyampaikan isi kerana berasa gugup. Hal ini demikian kerana penyampai kurang pengalaman dalam aktiviti penyampaian. Kesannya, penyampai nampak sedikit kekok. Langkah untuk menanganinya ialah penyampai perlu belajar bahasa tubuh supaya dapat menyampaikan penyampaiannya dengan baik.