5 BRAINS

PLOT 1

Pada zaman dahulu, seorang Raja yang mempunyai kuasa sakti telah memimpin kerajaan Indahpura. Baginda mempunyai seorang anak tunggal yang bernama Puteri Meranti. Raja sekeluarga tinggal di sebuah istana yang begitu cantik. 


Puteri Meranti sangat terkenal ke segenap negeri kerana kecantikan yang jelitanya. Dia sangat suka akan bunga-bungaan yang cantik dan mekar sahaja. 


Malangnya, segala bunga-bungaan yang layu dan hodoh akan dibuang kerana baginya kecantikan adalah segala-galanya. Setiap hari, dia akan menyiram bunga-bunga yang cantik itu di taman bunga istana. Dia akan memastikan bunga-bunga itu mekar setiap hari.

PLOT 2

Suatu hari, kerajaan Indahpura telah diserang oleh sekumpulan lanun. Lanun tersebut ingin menculik Puteri atas kecantikan yang dimilikinya. Kemudian, Raja mendapat idea untuk menggunakan kuasa saktinya bagi menukarkan Puterinya kepada bunga hodoh.


“Perlukah Ayahanda buat begini, tiada cara lainkah?” rayu Puteri dengan nada yang begitu sedih.


Namun rintihannya tidak dhiraukan dan serta merta Raja telah melakukan sumpahan itu ke atas anakandanya dengan perasaan yang berat hati.


Kini, Puteri tersebut telah bertukar menjadi Puteri Bunga Hodoh. Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai sumpahan ini. Sumpahan ini akan terhapus sekiranya bunga yang hodoh itu kembali mekar da dijaga dengan baik.


Bunga hodoh itu diletakkan didalam sebuah pasu bunga dan dipindahkan di taman belakang istana.

PLOT 3

Peperangan antara Raja dan lanun telah berlaku namun Raja tersebut kalah dalam peperangan. 


Pemerintahan Kerajaan Inderapura telah runtuh sehingga menyebabkan istana yang dulu indah kini bertukar usang. Raja tidak lagi mempunyai kuasa sakti untuk memerintah kerajaannya. 


Hari kian berlalu, kesihatan Raja semakin merosot kerana baginda merisaukan keadaan puterinya di dalam pasu bunga yang telah bertukar menjadi bunga hodoh. Pasu bunga yang diletakkan di taman belakang istana masih belum dijumpainya. Hanya baginda sahaja yang mengetahui tentang sumpahan puteri bunga hodoh Itu. 


Selama 10 tahun peperangan, 4 kelopak bunga telah gugur dari bunga tersebut dan hanya tinggal 1 kelopak sahaja . Sekiranya kelopak terakhir itu gugur maka tamatlah riwayat hidup puteri tersebut dan perkara ini membuatkan hati baginda semakin gelisah.

PLOT 4

Pada suatu hari, seorang gadis Indahpura telah lalu di belakang istana usang itu. Gadis tersebut bernama Maisara. 


Tiba-tiba, Maisara ternampak sekuntum bunga yang hodoh di dalam pasu bunga. Dia berasa simpati terhadap keadaan bunga tersebut. Bunga hodoh itu hampir layu kerana hanya tinggal satu kelopak bunga. 


Tanpa membuang masa, dia terus membawa pulang bunga hodoh tersebut. Dia menjaga bunga itu dengan baik untuk memastikan bunga itu kembali mekar.

PLOT 5

Setahun kemudian, bunga tersebut kembali segar dan mekar dengan cantik sekali. Kesemua lima kelopak bunga hodoh kembali tumbuh. Maka, sumpahan ke atas Puteri Meranti terhapus. 


“ Wah, saya sudah kembali menjadi puteri semula!”, girang Puteri Meranti setelah dirinya kembali kepada asal. 


Kemudian, Puteri Meranti kembali semula ke istana bersama-sama dengan Maisara yang menjaga dirinya selama dirinya menjadi bunga hodoh.


“Puteriku!” jerit Raja dengan penuh kegembiraan. 


“Siapa yang telah menjaga puteriku selama ini?” soal Raja penuh hairan. 


Kemudian, Puteri Meranti membawa Maisara menghadap Baginda. Baginda telah mengurniakan seguni emas kepada Maisara kerana telah menjaga puterinya dengan baik sekali sehingga sumpahan itu terhapus.


Sejak dari itu, Puteri Meranti menjaga kesemua bunga-bunga sama ada mekar mahupun layu. Puteri Meranti  mula sedar bahawa semua ciptaan Tuhan berharga dan cantik.