Aktiviti 2

Tajuk:

Bentuk Keterampilan Berbahasa:


Menonton Filem

Tugasan

Aktiviti keterampilan berbahasa melibatkan bentuk mendidik, memujuk, perbincangan, syarahan umum dan menghibur. Aktiviti tersebut haruslah dirancang bagi memastikan semua penyampaian tersebut memenuhi bentuknya. Dalam dialog umpamanya, bentuk mendidik, memujuk dan menghibur sentiasa diambil kira.

Secara berkumpulan, anda dikehendaki menghasilkan skrip ringkas tentang cerita kanak-kanak yang anda pilih (draf cerita kanak-kanak dalam kursus Literasi Bahasa). Skrip tersebut hendaklah memasukkan mana-mana elemen penyampaian dalam bentuk mendidik, memujuk, perbincangan, syarahan umum dan menghibur.