Perupa kelahiran Taiping Perak tahun 1979 menzahirkan karyanya menerusi karya seni kontemporari, latar belakang sebagai arkitek dan pereka ruang hiasan dekorasi dalaman menjadi titian deras menerusi seni visual. Beliau diantara peneraju utama gerakan seni yang berpusat di lingkaran urban Kuala Lumpur. Menjadikan semangat serta percaya aliran darah seni dari Mansor Ghazali (pakcik beliau pelukis ternama Malaysia), beliau tidak menoleh kebelakang untuk terus menjadikan seninya sebahagian laluan atau kembara hidupnya. Sebagai pemegang mandat pengerusi PERUPA MALAYSIA (persatuan seni) di Kuala Lumpur, beliau banyak melaksanakan gerakan seni secara berkumpulan menerusi pameran dan aktiviti riadah seni di peringkat lokal dan antarabangsa, tidak di nafikan PERUPA pernah berpameran seramai 30 pelukis Malaysia berkolaborasi di Jakarta, Indonesia, serta Singapura, dan sebilangan pula di Negara India dan Jepun.
Karya-karya semi abstraknya berkisar situasi lapangan lanskap alam dan panorama persekitaran lokasi yang di lalui, ada kala bercerita tentang keadaan dan ketika a moment time. Zaki jua pernah menganjurkan pameran bertajuk SATU atau Masterpiece di GSA yang menghimpunkan seramai 82 pelukis ahli-ahli Perupa dan di sempurnakan oleh Datuk Rosyam Nor pada tahun 2019.
https://www.saatchiart.com/zakihadri
http://www.dailyexpress.com.my/news/150368/keeping-arts-alive-during-covid-19/
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/01/12/global-art-project-lands-in-malaysia
Kota Debu : 'Soul of The Dust City'
Akrilik atas kanvas
137 x 107 sm
2018
Akarnya Menghunjam Bumi dan Batangnya Menjulang ke Langit
Dakwat dan akrilik atas kanvas
120 x 90 sm
2021
RM 6,000.00
Keterangan Karya
Di saat kala wabak Corona 19, Allah menguji minda, kerohanian dan jasad umatnya. Dimana dahulunya kita ini hebat kaya raya lalu jatuh tersungkur, yang miskin lalu parah tak terdaya. Dahulunya kita Gah akan pembangunan kini kita tinggalkan. Ketika ini Allah ingin lihat tauhid kita kepadaNya.
Qatadah ra meriwayatkan seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong pahala (dengan menyedekahkan hartanya).” Beliau bersabda, “Aku beritahukan kepada kalian, jika seseorang menyusun hartanya ke atas, apakah harta itu dapat mencapai langit? Aku beritahukan kalian sesuatu yang akarnya menghunjam ke bumi dan batangnya menjulang ke langit. Setiap selesai shalat, bacalah sepuluh kali:
"Laa ilaaha illallahu wallaahu akbar wasubhanallaahu walhamdulillah. Inilah yang akarnya mengujam ke bumi dan cabangnya menjulang ke langit.”
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat perumpaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya setiap musim, dengan seizin Rabbnya. Allah membuat perumpaan-perumpaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tegak sedikit pun.” (Q.S. Ibrahim: 24-26)