1966 Pelukis kelahiran Sekinchan, Selangor, berkelulusan Kejuruteraan Jentera (Kaji Terbang) dari Universiti Teknologi Malaysia, bukanlah suatu kelainan, malahan ianya suatu keistimewaan pada Zaharuddin dalam menjiwai seni. Gaya Realis menjadi adunan beliau dalam menghasilkan karya seninya dengan menggunakan media cat minyak dan akrilik pada permukaan kanvas. Cerita rakyat seperti Badang, Tun Fatimah, Si Bongkok terbitan Komik Creative Klasik awal tahun 90-an di antara karya-karya yang menghiasi kulit muka hadapan pada setiap terbitan buku tersebut.
Studio berpusat di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur, menjadi lokasi strategiknya sebagai penggiat seni sepenuh masa. Buah-buahan seperti Durian, Rambutan, Mangga makanan tempatan serta siri pemandangan fauna menjadi subjek matters beliau demi memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Malaysia. Di antara kalangan individu terawal menyertai PTGSA pada tahun 1997, 1999 dan 2000.
https://www.arts.com.my/portfolio/zaharuddin-sarbini
https://www.youniegallery.com/product-page/rambutan-2021-by-zaharuddin-sarbini
Burung Terkukur
Cat minyak atas kanvas
97 x 137 sm
2002
Mangga
Cat minyak atas kanvas
91 x 91 sm
2021
RM 7,500.00
Keterangan Karya
Saya menjadikan buah-buahan tempatan sebagai subjek dalam karya-karya saya. Buah-buahan tempatan yang bergantungan di atas pokok merupakan trademark saya.