Kelahiran dari Ipoh, Perak di antara individu yang menjadi panduan serta menyokong padu dalam segala aspek perihal pameran dan peragaan di Galeri Shah Alam. Bertugas selaku Kurator di Balai Seni Negara, memberi sedikit kemudahan kepada kami dalam menilai serta bertanya pendapat berkaitan seni di Malaysia dan luar negara. Karya berkisar kehidupan rimba serta habitat alam antara subjek utama dalam karyanya. Istilah kesedaran dan keprihatinan mendorong untuk menghargai serta memahami alam semulajadi yang terdapat di Malaysia.
Kuratis (Kurator dan Artis) amat serasi pada beliau, ini suatu kebolehan dan kelebihan dalam keberadaannya menerusi Art Scene Malaysia. Lapangan ini memberi laluan untuknya berpameran secara kumpulan dan secara tunggal (solo). Syahrul atau ‘Chaown’ pernah bersama-sama GSA menerusi pameran antarabangsa di Langkawi Art Biennale tahun 2016, data pameran menerusi PTGSA, Chaown seringkali menerusi PTGSA sebanyak 13 kali dari tahun 2000 sehingga kini. Beliau diantara 5 karyawan visual yang sentiasa dekat bersama Galeri Shah Alam.
https://www.artespree.com/index.php/artist/syahrul-niza-zaini.html
Rindu seorang ayah
Media campuran atas kanvas
106 x 92 sm
2014
Pohon Harapan
Media campuran atas kanvas
110cm x 140 sm
2021
RM 5,800.00
Keterangan Karya
Karya bertajuk ‘Pohon Harapan’ merupakan ekspresi pelukis terhadap isu-isu semasa kini terhadap alam sekitar. Isu-isu semasa seperti pembalakan hutan, pembakaran hutan dan pencerobohan hutan tanpa sepadan semakin berleluasa memberi kesan kepada habitat-habitat lain.
Apresiasi visual dalam catan ini memperlihatkan seekor rusa yang berdiri dengan penuh harapan di atas puncak pergunungan, disekelilingnya dipenuhi pokok-pokok mati dan pupus. Dipisahkan dengan deruan air terjun; sambil memandang sebuah ‘pohon biru’ yang dingin dan segar.
Sebagai seorang seniman, saya mahu karya ini dilihat dalam konteks emosi, persepsi dan reaksi melalui ekspresi bersahaja melalui sapuan-sapuan berus di permukaan kanvas. Hitam dan putih merupakan warna simbolik kepada kehidupan dan kematian. Pohon ‘biru’ merupakan sebuah pohon harapan kepada ekosistem dan habitat untuk terus berharap meneruskan kehidupan.