Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, dilahirkan pada 15 Januari 1955. Fauzi mempunyai Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dari Institut Teknologi Malaysia MARA (1976), dalam jurusan Grafik. Beliau telah bekerja di beberapa buah agensi Pengiklanan sebelum menubuhkan syarikat Periklanan CLYXKreatif Sdn. Bhd, kemahiran fotografi dan rekaan grafik di adaptasi sepenuh kemahirannya. Gaya Realisme yang diilhamkan berkaitan alam semula jadi menjadi pilihannya. Beliau juga gemar melukis flora dan fauna, potret dan artifak budaya tradisional alam Melayu seperti keris menjadi subjek utamanya. Akrilik merupakan bahantara yang sering menjadi dalam penghasilan karya. Sejak 2014,
Fauzi Rahim menyertai beberapa Pameran lukisan di galeri dan telah memenangi Hadiah Pertama dalam pertandingan lukisan yang dianjurkan oleh 'FRIM: NATIONAL HERITAGE', ysebuah pertandingan lukisan yang dianjurkan oleh Forest Research Institute Malaysia (FRIM) & Balai Seni Negara tahun 2014. Beliau di kalangan pelukis menerusi pameran Graphist pada tahun 2016.
Keris Pusaka Warisan
Akrilik atas kanvas
92 x 148 sm
2016
Fake Camera Genuine Smiles
Akrilik atas kanvas
152 x 152 sm
2021
RM 7,000.00
Keterangan Karya
‘FAKE CAMERA GENUINE SMILES’
Pertama kali gambar ini keluar dalam Facebook telah membuat saya amat terharu dan teruja melihat wajah kanak-kanak ini beraksi mengambil gambar ‘selfie’ menggunakan telefon imaginasi (selipar), tetapi senyuman mereka begitu asli dan murni.
Dunia kanak-kanak memang penuh dengan impian fantasi. Zaman kanak-kanak kita dahulu pun sama. Tidak mampu membeli alat permainan namun kita kreatif dan pandai merekacipta sendiri permainan-permainan itu dengan bahan sedia ada dari persekitaran.
Gambar ini telah dipos oleh seorang Twitter dari India sehingga menjadi viral dan mendapat banyak like.
Aksi natural kanak-kanak ini membuatkan saya ingin merakamkan gambar ini dalam bentuk lukisan. Gagal mencari jurugambar sebenar, akhirnya saya bertekad untuk meneruskan niat melukis gambar ini dengan membuat sedikit perubahan pada latar belakangnya.