Berkhidmat sebagai pelukis ilustrasi dalam kulit majalah atau katalog dan terbitan dari Dewan Bahasa dan Pustaka sejaka awal tahun 70an, mampat dan padat serta sempurna profil yang diperolehi dari pengalaman beliau menerusi bidang terbitan buku. Singkatan nama “Mohas” gelaran dikalangan kenalan beliau. Pak Mohas jua berkecimpung sebagai kartunis secara sambilan menerusi komik Gila-Gila, Fantasi, Batu Api dan beberapa majalah lokal negara. Kesemua komik jenaka ini antara yang menjadi kemestian dan rujukan pada peminat, pembaca dan penggemar kartun yang menjadi antara wadah utama di waktu senggang seluruh negara, malahan di negara jiran Singapura, Brunei dan Indonesia.
Kisah budaya dan kehidupan masyarakat Melayu seringkali menjadi konsep dan tema karya-karya beliau, dengan menggunakan media cat minyak dan akrilik. Karya pelukis ilustrasi seperti beliau catan realis bentuk figura menjadi subjek utama dan sangat serasi dengan beliau. Pak Mohas jua acap kali bersama GSA menerusi Pameran Terbuka, data kolektif kami mendapati sebanyak 10 kali penyertaan yang disertai oleh beliau sejak dari tahun 2009 sehingga kini.
Di Batu
Cat minyak atas kanvas
92 x 122 sm
2009
Singgah
Akrilik atas kanvas
102 x 74 sm
2021
RM 6,000.00
Keterangan Karya
Ada antara kumpulan burung hijrah ini memilih hutan paya bakau di muara sungai untuk persinggahan untuk melepaskan penat lelah dan mendapatkan makanan setelah terbang jauh dari negara-negara utara benua asia kerana meninggalkan suasana musim sejuk yang melanda di sana sebelum meneruskan perjalanan ke negara-negara lain yang jauh ke selatan. Apabila tiba pertukaran musim, burung-burung ini akan terbang pulangi ke tempat asalnya lalu singgah lagi sebelumi meneruskan perjalanan terbang ke tempatasalnya itu. Begitulah yang berlaku pada burung-burung hijrah ini apabila setiap kali tiba perubahan atau pertukaran musim.