Pelukis kelahiran Taiping, Perak (1960) lepasan Ijazah Rekaan Grafik Institut Teknologi MARA 1983 (UiTM) boleh dikategorikan sebagai “orang grafik” serta mahir dan pakar dalam selok belok rekaan logo-logo syarikat korporat di dalam dan luar negara. Kemahiran dan bakat yang di perolehi insan ini tidak dinafikan apabila rekaan logo seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) 1986 menjadi lambang korporat identiti. Menjadi kebanggaan apabila logo Sukan Malaysia edisi pertama (SUKMA) dan Logo Hari Kebangsaan pula menjadi jatidiri semangat kesukanan dan Sambutan Hari Kebangsaan ke 51 (2008). Mantan pereka Grafik di Kementerian Kesihatan Malaysia dan Penolong Kurator di Balai Seni Lukis Negara (Balai Seni Negara.
‘Dan Village’ singakatan nama syarikatnya yang berpusat di Kuala Lumpur, membuat rekaan pakaian serta jualan cenderahati kepada pelanggan, beroperasi dalam laluan dan cara yang tersendiri, dengan pengalaman dan skil pereka grafik. Beliau bijak ‘mengadun’ rupa-letak atau ‘layout’ grafik diolah menerusi karya catan, gemar menzahirkan identiti ‘Masyarakat Perak’ seperti labu sayong, Rumah Kutai Perak dan sebagainya dalam setiap karya. Pameran Graphist tahun 2016 (pameran jemputan pereka-pereka Grafik) dianjurkan oleh GSA, mempamerkan pereka Grafik berubah ‘selera’ menjadi pelukis catan kanvas dan media baru.
https://www.artmajeur.com/anuardan
Musim Buah
Media campuran atas kanvas
91 x 91 sm
1991
Suatu Senja Di Halaman Rumah Ku
Akrilik atas kanvas
90 x 120 sm
2021
RM 5,000.00
Keterangan Karya
Karya AnuarDan kita dapat mengesan citra alam melayu. Di sana sini warnanya ibarat diperikan...."siang warna minyak petang warna lembayung"..Rata rata lukisanya adalah berlatarbelakangkan suasana peralihan warna siang ke petang. Kalau selama ini pelukis bertolak daripada konsep warna panas dan daya dingin gaya barat. Dalam karya Anuar meneroka warna nenek moyangnya menggobek sireh yang berair liur merah terjelma oleh sireh, gambir, pinang, kapur yang menkacip kuning pinang masak, tergiur dengan merkah merah delima di halaman, perang sabut kelapa. atau merah lebam kayu jati, hitam tampuk manggis dan kilau kuning tembaga. Inilah budi Melayu yan kurik itu kendi yan merah itu saga. AnuarDan telah pun melurik kendi, telahpun memerahkan saga warisan Budaya Melayu.
oleh: Siti Zainon Ismail. (Datuk)