Tahun 1951, insan seni ini lahir di daerah Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kegiatan seni beliau pada awalnya bermula dalam bidang perhotelan dan pereka set, maka tidak hairanlah Ismail Baba atau lebih mesra panggilan Pak Mael berpengalaman luas selaku Pengarah Seni / Art Director di Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, hampir 2 dekad (dua puluh tahun) sekitar awal tahun 70 hingga 90an. Karya-karya Pak Mael berkisar cerita atau naratif, dari sudut pengalaman sewaktu di zaman kecil beliau yang berasal dari kampung, penghayatan tahun semasa dan ketika, diluah dan zahirkan menerusi teknik Gaya Naif. Beliau jua diantara pelopor awal seni Gaya Naif pada awal tahun 2000 bersama Yusof Gajah, Ali Akhbar dan Hudry Hayat. Seringkali di undang untuk mengadakan pameran dan aktiviti dan lawatan seni di dalam dan luar negara. Di Negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand menjadi lokasi terpilih pada awalnya untuk bergerak dan berpameran seni , Negara Finland dan Croatia (Eropah) jua antara lokasi yang diundang dalam menzahirkan karya seni naif beliau.
Percaya bahawa menyertai pameran dan pertandingan dapat mengasah bakat dan kebolehan diri seseorang untuk yakin percaya menilai diri dan karya seninya. Karya beliau mengingatkan kita di alam kanak-kanak dalam pelbagai senario dan situasi, dengan rona-warna-warni ceria dan menyegarkan lanskap situasi harmoni bahkan menggembirakan perasaan pada setiap pemerhati. Kini beliau berkarya sepenuh masa / full time dan mengadakan kelas seni bersama individu jemputan dan kumpulan seni di studionya di daerah Ampang Selangor. Seringkali mengadakan aktiviti seni Naif di GSA disamping menjadi juri professional pertandingan seni kanak-kanak Dyslexia peringkat Negeri Selangor.
https://www.artmalaysia.org/artist/detail/476/ismail-baba
http://www.expatgo.com/my/2012/06/15/the-artist-profile-of-ismail-baba/
Mandi Sungai
Akrilik atas kanvas
80 x 88 sm
2012
Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 3.0
Akrilik atas Kanvas
101 x 76 sm
2021
RM5,500.00
Keterangan Karya
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan senarionya rakyat diperintah untuk duduk dirumah bagi mengawal jangkitan yang menghantui seluruh negara. Namun musibah ini juga mengubah nasib kepada sesetengah peniaga pasar harian. Ironinya segala berubah, namun usaha tetap diteruskan demi kelangsungan hidup, niaga tetap niaga, rezeki mesti dicari... untuk segalaNya.