Menetap di Kuala Lumpur namun kelahiran dari Pantai Timur Kuala Terengganu. Mantan graduan Institut Teknologi MARA (UiTM) tahun 1979 sudah pasti seiringan di Fakulti Seni Lukis Seni Reka, pada waktu itu jua beliau diiktiraf kalangan pelajar terbaik dan cemerlang. Berbekalkan kemahiran dalam agensi pengiklanan, seterusnya menambah pengalaman di dalam bidang penyiaran dan terbitan rancangan. Kerjaya selaku Ketua Pereka / Head Design pada tahun 1984, dan dilantik selaku Pengarah Kreatif di Stesen Media Berhad TV3.
Bergerak secara sepenuh masa pada 2009 bukanlah penghalang pada beliau untuk berkarya dan berekspresi pada permukaan kanvas. Karya-karya ilustrasi realis dan bersifat emosi, sindiran isu-isu semasa sering menjadi tajuk disebalik karya beliau. Wan Ahmad Ngah diantara artists yang terlibat dalam pameran Graphist tahun 2016 yang membariskan pereka Grafik ke catan seni.
https://www.artmalaysia.org/artist/detail/628/wan-ahmad-ngah
Satu Di Ajil
Akrilik atas kanvas
57 x 63 sm
2011
THE FALSE FALL : Awang Rasau
Akrilik atas kanvas
122 sm x 153 sm
2021
RM 8,800.00
Keterangan Karya
Dia menjadi ganas bila perasaan marahnya tak dapat dikawal. Dia bangkit menuntut hak dan bangun membela habitatnya sebelum sumber makanan mereka menjadi kontang. Dia mengganas tanpa batas, membaham lembu dan ternakan tanpa puas dan mengeledah ladang dengan buas! Akhirnya dia ditembak dimuncung-muncung senapang oleh pemburu haram di Felda Kerteh 3. Dia diselamatkan oleh petugas veterina lalu dirawat di Hospital UPM Bangi, tapi pada 5hb Mac 2021, Awang dipanggil ajalnya kesan dari luka tembakan. Satu episod sedih dan satu penghormatan buat Awang!
Soalan: Kenapa dan mengapa Awang mengamok?