Kelahiran Kluang Johor 1964, pensyarah dari Fakulti Seni Lukis Seni Reka UiTM Kampus Alor Gajah Melaka. Pendidik dan akademik dalam aliran arca pelbagai medium seperti kayu,besi, metal dan sebagainya. Projek arca awam banyak di ilham oleh beliau, antaranya di Johor, Subang Jaya, Putrajaya, selain itu terdapat di Negara China, Indonesia dan Vietnam. Dr. Rosli sering di undang selaku pemerhati, penasihat, kurator dan pengkritik seni malahan partisipan pengarca seni di dalam dan peringkat antarabangsa. Program bual bicara Borak Arca dilaksanakan secara maya kerjasama Balai Seni Negara sebagai pemudah cara dan kaedah berkaitan senario, wacana seni di dalam dan luar negara. Program ini memberi info yang sungguh padat serta menarik dalam segala aspek pengetahuan, perbincangan dan sebagainya dalam memeriah art scene Malaysia.
Dr. Rosli Zakaria menjadi kurator tamu menerusi pameran Lakar Sa Pa, aktiviti ziarah seni karyawan Seni Malaysia di Vietnam 2016. Program ini memberi pendekatan yang terbaik pada dasarnya melalui eksplorasi, data-kolektif ekspresi, penerbitan dan insentif input-output seni di antara GSA, pelukis dan hubungan dua hala antara kedua negara. Pameran ini di sempurnakan oleh Timbalan Kedutaan Vietnam di Galeri Shah Alam.
https://selangorkini.my/2016/09/lakar-sapa-ekplorasi-kreativiti-pelukis/
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20201227/281767041835119
https://gogallery.my/resources/activities/237-borak-arca
1998
Public Sculpture, Keris Laksamana, Kota Tinggi Johor
Philip Morris, Malaysian Award, NAG
Tradition, Modernity and Identity, Festival Pekan Seni Ipoh III, Ipoh
Struggle
Besi
122 x 59 sm
2000
Posisi I
Posisi II
Posisi III
X-Zos #10
Ekzos terpakai, pembesar suara, lampu motor dan pelbagai bahan jumpaan besi
241 x 106 x 62 sm
2021
RM 25,500.00
Keterangan Karya
X-Zos #10, merupakan salah satu arca dari siri x-zos yang sedang saya hasilkan untuk pameran solo yang akan datang. Arca dibentuk dengan objek utamanya adalah ekzos kenderaan. Dengan pendekatan binaan dan pemasangan bentuk arca ini disusun meninggi bersesuaian dengan karektor bahan yang digunakan. Menggunakan bahan recycle menjadikan arca ini sebagai wadah melestarikan alam dari dicemari bahan-bahan buangan.
Ekzos dipilih menjadi bahan utama untuk menjadi simbol pelbagai kenderaan yang memenuhi jalanraya. Keperluan kenderaan sebagai pengangkutan tidak dinafikan sama sekali, namun begitu kesan kepada pencemaran begitu besar impaknya kepada persekitaran, khususnya pencemaran bunyi dan pencemaran udara.
Arca X-zos #10 diolah menjadi sebuah bentuk arca semi abstrak yang mudah dikenali perkaitannya dengan sebuah kenderaan melalui elemen-elemen bentuk yang digunakan. Pencemaran bunyi ditampilkan dengn metafora pembesar suara manakala pencemaran udara disimbolkan dengan tabung dan muncung ekzos itu sendiri.
Kenderaan satu keperluan namun menyantuni alam harus dilestarikan demi kesihatan diri.