Wanita kelahiran pantai timur Dungun Terengganu (1983), berpendidikan Seni Lukis Seni Reka dalam Seni Halus dari cawangan Lendu Melaka. Beliau diantara penggerak pelukis Gaya Naif di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur. Inspirasi alam kanak-kanak, seni budaya masyarakat Malaysia di harmonikan bersama karya dengan Gaya Naifnya. Berpengalaman luas dalam penglibatan sebagai pelukis reka ilustrasi buku bergambar peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa di antara yang diceburi sehingga kini, bahkan terbitannya merentasi luar negara. ‘Studio Rumah Kotak’ ruang kreatif yang menempatkan pusat tutorial aktiviti, bengkel serta wacana seni dianjurkan di Setia Alam Selangor, miliknya bersama suaminya yang jua seorang pelukis abstrak.
Pasangan muralis ini jua terlibat dalam mewarnai dan mengindahkan wall yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan memenuhi kehendak agensi kerajaan, swasta serta badan korporat dikenali sebagai ‘Project Dinding’ Elly diantara teraju utama grup pelukis RONAisme (Rona Naif) yang melingkari pelukis dari Perlis sehingga Sabah, serta berjaya menghimpunkan seramai 88 kesemuanya pada tahun 2018, begitu jua pameran Lakar Wanita (2016) dan pada tahun 2016 lalu. Pada tahun 2022 pula akan berpameran bersama alumni para pelajar Maktab Rendah Sains MARA menerusi pameran Kroma di Galeri Shah Alam.
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/12/404579/abadi-nostalgia-desa
Landscape of Belonging (Bagai Ikan Pulang Ke Lubuk)
Media & kolaj di atas kanvas
122 x 122 sm
2018
Bunga-bunga Nona Korona Vol.5
Media campuran di atas kanvas
122 x 122 sm
2021
RM8,500.00
Keterangan Karya
Karya semi abstrak pseudo naiveism ini adalah kesinambungan dari siri Bunga Korona yang telah dimulakan oleh pelukis sejak dunia di landa pandemik Koronavirus.Pelukis cuba menerapkan positiviti dan bait-bait yang baik di sebalik dukacita akibat Koronavirus.
"Bunga-bunga Nona Korona' itu sendiri adalah 'muse' pelukis yang menunjukkan kekaguman kendiri dan mahkota jiwa dalam situasi ini insan itu sendiri yang harus terus berjalan dan berjalan walaupun berat beban duka ditanggung.Secara visualnya,pelukis menayang warna-warna cinta dan harapan dengan tatarias subjek dan bentuk yang dimainkan secara bebas dan 'whimsical',bagi memberitahu bahawasanya ada cinta di sebalik duka,ada senyum di sebalik tangis.