Anak jati kelahiran Muar, Johor pada tahun 1968. Azman Hilmi seorang guru pendidikan khas di Shah Alam Selangor. Profession sebagai seorang pendidik tidak menjadi penghalang beliau untuk terus berkarya secara konsisten. Gemar menggunakan warna terang, cerah serta vibran sesuai dengan aliran seni ‘pop’ pada setiap karya-karya beliau. Berkelulusan Diploma Pendidikan Seni (pada peringkat awalan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan melanjutkan ke Ijazah Sarjana Muda Seni Halus UiTM pada tahun berikutnya, menjadikan semangat seni beliau terus berkembang luas hingga ke peringkat antarabangsa. Karyanya mula digerakkan melepasi tanah air dari tahun 2004 hingga 2013, antara pameran yang disertai Korea New Art Festival (International New-Salon Exhibition), 2005 dan 2006 di Bangkok, Thailand serta Jakarta, Indonesia serta beberapa acara pameran besar yang disertai seperti, The 70th Annual Exhibition of Mokwoohoe with Prominent - Korea, Unveils Art Services Showcase In Malaysian Services Exhibition Malaysia Art Galleries (MAG) Dubai, United Arab Emirates, Malaysia Eye Exhibition Nolias 11 Gallery, Stamford Street, London.United Kingdom.
Azman Hilmi sangat dekat dengan GSA, data-kolektif kami mendapati beliau telah menyertai sebanyak 23 kali penyertaan Pameran Terbuka Galeri Shah Alam sejak dianjurkan dari tahun 1993 sehingga kini. Majlis Perasmian PTGSA 2016 adalah sambutan ulang tahun ke-25 keberadaan GSA, justeru itu Ahli-ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor telah bersetuju memberi penghargaan menyampikan Anuger ah Khas kepada beliau dalam upacara majlis perasmian tersebut. “Less is more” gemar menghasilkan subjek-objek seni separuh siap sempurna, seakan-akan tidak lengkap, kerana bagi beliau sebahagian atau separuhnya yang dilihat dan dinilai sendiri dalam fikiran, seolah-olahi bermain-main di minda pemerhati.
Food Series
Media campuran atas kanvas
121 x 90 sm
1993
Fitrah Series 1
Media campuran atas kanvas
92 x 92 sm
2021
RM 13,300.00
Keterangan Karya
Perjalanan itu adalah sesuatu yang berputar melingkar berpusing dalam satu titik mula (paksi) hingga ke menuju ke akhir hayat sebagaimana Allah SWT yang memutarkan bumi dan bulan pada paksi dan orbitnya, menjadikan matahari bersinar, bulan bercahaya, siang malam silih berganti dan sebagainya. Begitu juga dengan kehidupan makhluk, flora dan fauna yang bergerak hidup berlingkar, merayap, berterbangan, berjalan dan berlarian. Malahan air sungai mengalir berpusaran dan lautan yang berombak serta bukit bukau, gunung ganang yang beralun-alun, hembusan angin yang bertiup, desiran bayu, kicauan unggas, panas hujan, titisan embun, kilat petir bahkan ribut taufan dan sebagainya semenangnya menggambarkan kekuasaanNya mengikut sifat kejadian yang diciptakan OlehNYA,
Saya menggunakan konsep putaran (samada spiral/spin atau circle) sebagai metafor atau simbol tentang lingkaran hidup yang menjadi ikatan dan kesatuan sebagai insan agar kita sentiasa rasa sedar, bersyukur dan redha bahawa sesungguhnya fitrah perjalanan hidup ini adalah suatu putaran yang ditentukan dan ditakdirkan.