Berasal dari Ipoh, Perak, menetap di Setia Alam Shah Alam. Singkatan Eli sangat sinonim di kalangan kenalan beliau, Eli bertugas sebagai pensyarah Fotografi di Fakulti Seni VIsual dan Komunikasi, Bestari Jaya Universiti Selangor (UniSel). Seni Fotografi menceritakan perihal masa yang dilaluinya lalu di rakam-tangkap dan menyampaikannya sebagai perkongsian dalam pelbagai aksi, emosi dan suasana. Lanskap alam dan permukaan panorama flora fauna menjadi topik utama untuk di rakam, lalu diolah dengan pelbagai medium dan teknik menerusi peranti komputer dengan cara kreativiti tersendiri.
Eli sering diundang dari pelbagai agensi dan grup fotografi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerusi sesi bual-bicara, bengkel, wacana foto dan pelbagai topik perkongsian berkaitan tips-tips media fotografi. Beliau jua seringkali mengadakan aktiviti subjek fotografi bersama pelajarnya di pekarangan Galeri Shah Alam, berdasarkan lokasi GSA melingkari Taman Tasik dan pemandangan yang cantik untuk dihayati dan di kongsi.
Unpredictable
Cetakan digital atas kertas foto
78 x 97 sm
2016
Penyembuhan alami / The nature healing
Cetakan Digital
180 sm x 80 sm
2021
RM 5,000.00
Keterangan Karya
Karya yang dihasilkan ini adalah mengenai penyembuhan hutan dan alam semulajadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir 2 tahun. Sekalipun masih banyak hutan simpan yang masih terjaga di seluruh Malaysia, namun masih ada juga kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kerosakan alam semuladi termasuk pencemaran sampah-sarap di kawasan laluan akiviti yang dilakukan. Pelbagai aktiviti termasuk aktiviti rekreasi seperti pendakian dan berbasikal gunung serba sedikit merosakan laluan dan pertumbuhan flora dan pembiakan fauna.
Teknik yang digunakan adalah teknik fotografi digital (double exposure) dan digabungkan ke dalam satu lembaran saiz kertas seperti lanskap yang menunjukkan pergerakan dan keperluan hutan di dalam perkembangan pemulihan. Dengan keadaan pokok yang kelihatan tidak sihat digunakan sebagai visual pengulangan yang bergetar (hidup), menunjukan seolah-olah karya ini adalah gambaran hutan yang sebenar.