Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka slanga bermaksud "kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku." Bahasa ini sentiasa berubah-ubah dan berbeza dengan kosa kata lain umumnya. Bahasa ini seringkali digunakan oleh golongan remaja untuk berkomunikasi dan hanya golongan daripada mereka sahaja yang memahami bahasa tersebut. Secara umumnya, bahasa ini memiliki dampak yang sangat negatif kerana komunikasi menggunakan slanga akan merosakkan acuan bahasa Melayu. Di bawah ini disediakan sebuah video pendek penggunaan bahasa slanga dalam komunikasi.Â
Berdasarkan daripada video di atas dapat dijelaskan bahawa penggunaan slanga memberikan kesan yang buruk seperti wujud kosa kata baharu dan paling membimbangkan dapat menimbulkan kekeliruan dan mengancam martabat bahasa Melayu khususnya dalam kalangan generasi muda sekarang. Oleh itu, penting untuk kita mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang benar dan baku dalam komunikasi, meskipun dalam situasi bersama rakan-rakan bagi mengelakkan berlakunya kesalahan tatabahasa yang dapat mempengaruhi citra kita terutama kepada generasi yang akan datang.