Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perkataan ‘rancu’ bermaksud tidak teratur, bercampur aduk dan kerancuan membawa maksud keadaan yang tidak teratur atau kekeliruan dalam penggunaanya. Kerancuan bahasa ini meliputi kepada kekacauan, kecelaruan dan pencemaran dalam penggunaan bahasa Melayu disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh media sosial, bahasa ibunda dan dialek daerah masing-masing.
Perkara ini semakin membimbangkan di mana peningkatan teknologi yang semakin canggih menyebabkan perkara ini semakin meluas di kalangan remaja sekolah. Pengaruh media sosial menjadi faktor utama masalah ini semakin berlanjutan disebabkan pengguna platform ini seringkali menggunakan bahasa rojak dalam perbualan mereka. Kewujudan penggunaan bahasa rojak ini telah menjadi fenomena baharu dalam pengancuan bahasa melayu. Perkara sebegini sepatutnya dielakkan, guru-guru boleh melibatkan murid-murid dalam aktiviti membaca dan menulis seperti membaca bahan bacaan bahasa Melayu. Perkara ini sedikit-sebanyak membantu meningkatkan pemahaman dan kosakata murid-murid.