Pembentukan bahasa Melayu moden kini diupayakan melalui kerjasama besar seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Penubuhan badan ini bertujuan merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu dan Indonesia di rantau ini.
Pada mulanya badan ini dinamakan sebagai Majlis bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada 1972. Pertukaran (MBIM) kepada (MABBIM) berlaku negara Brunie Darussalam menganggotai Majlis ini pada tahun 1985. Kesan daripada kerjasama ini menjadikan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu di ketiga-tiga buah negara anggota (MABBIM) ini menjadi bahasa peradaban yang tinggi.