Laporan ini tercetus akibat berlakunya ketidakpuashatian oleh kaum Cina terhadap laporan terdahulu. Penulisan laporan ini diketuai oleh Setiausaha Kerja Bersekutu Negara China Dr. Fenn dan Prof. Dr. Wu Ten Yao. Laporan ini awalnya ditubuh untuk mengkaji semula Laporan Barnes 1951.
Tujuan utama laporan ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak masyarakat Cina. Ini juga bagi menghindari perpanduan antara kaum lain terjejas akibat laporan Barnes 1951 yang menyatakan rakyat dipaksa mempelajari 1 atau 2 bahasa sahaja. Antara usul yang diutarakan adalah masyarakat cina adalah mempertahankan hak kewujudan sekolah Cina. Tanah Melayu tidak dibenarkan untuk masuk campur dalam sukatan pelajaran sekolah Cina.
Semua cadangan yang dilontarkan dalam laporan Fenn-Wu tidak diterima oleh masyarakat Melayu terutama dari Malayan Union kerana dianggap tidak mendatangkan keuntungan kepada masyarakat setempat. Pada akhirnya, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji laporan Fenn-Wu.