Laporan Razak diperkenalkan bagi mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diasaskan oleh mantan perdana menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak. Sebuah jawatankuasa telah di tubuhkan bagi mengkaji sistem pendidikan sedia ada.
Di dalam laporan ini Tun Abdul Razak menyatakan "Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, perenggan 12, 1956).
Kandungan laporan ini adalah tentang pembahagian sekolah rendah, peringkat di sekolah menengah dan sistem peperiksaan. Wujudlah pelbagai kesan positif berhubung cara ini antaranya kepelbagaian aliran sistem persekolah, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan seterusnya bahasa Melayu dapat dijulang tinggi dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia.