Dalam era globalisasi ini, bahasa Inggris telah diangkat menjadi bahasa internasional. Hal ini tentunya sedikit-sebanyak mengurangkan motivasi dalam kalangan generasi muda untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu kerana dianggap tidak begitu penting. Akta IPTS 1996 yang membenarkan semua IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menjadi salah satu faktor utama kejatuhan bahasa Melayu akibat kurangnya penutur bahasa tersebut.
Perkara seharusnya diambil cakna oleh pemimpin kerana masa depan Bahasa Melayu dalam pendidikan bergantung pada usaha bersama dari pemerintah, sekolah, guru, dan masyarakat untuk mempromosikan dan memperkuat penggunaan bahasa ini. Dengan strategi yang tepat, Bahasa Melayu dapat tetap relevan dan kuat di era globalisasi.