Pertubuhan jawatankuasa Ordinan Pelajaran 1952 wujud disebabkan laporan-laporan yang telah dibuat sebelum ini berkaitan dasar Pendidikan Tanah Melayu. Laporan tersebut masing-masing mempunyai pendapat perbezaan yang sangat ketara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan British telah pun menubuhkan jawatankuasa ini untuk mengkaji semula isi laporan tersebut.
Antara isi yang dinyatakan adalah dua jenis sekolah perlulah ditubuhkan. Sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mengantar manakala sekolah jenis lain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Seterusnya ialah penggunaan bahasa iaitu bahasa Melayu diwajibkan ada dalam silibus di sekolah Inggeris sama juga bahasa Inggeris diwajibkan ada dalam silibus di sekolah Melayu. Walau bagaimanapun rancangan ini tidak dapat dijalankan disebabkan faktor kewangan, kekurangan guru, tentangan kaum dan politik.Â