Asas 50 ditubuhkan bertujuan untuk melindungi hak-hak seluruh ahli dan pengarangnya. Matlmatnya utama adalah untuk melindungi dan menjaga setiap anggotanya dari segi peraturan dan undang-undang negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.
Penubuhan ini juga bertujuan mempertinggi dan memperluaskan kebudayaan dan kesusateraan Melayu serta memperjuangkan hak Tanah Melayu daripada kuasa penjajah bagi mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini bertujuan menaikkan semangat rakyat Tanah Melayu untuk bersama-sama berjuang bagi mengangkat status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang bangsa majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an.
PERTUBUHAN ASAS 50 TELAH DIASASKAN OLEH SASTERAWAN BERIKUT IAITU :
TONGKAT WARRANT
KERIS MAS
A. SAMAD ISMAIL
MASURI S. N. ASRAF