Laporan Barnes 1951 merupakan laporan pendidikan yang amat penting bagi menentukan jenis sistem pendidikan di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Jawatankuasa ini diketuai oleh L. J Barnes dan ditubuhkan bertujuan untuk memperbaiki pendidikan orang Melayu. Di dalam laporan ini dicadangkan penggunaan sekolah pendidikan rendah kepada semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun begitu, laporan ini telah menerima tentangan yang hebat daripada kaum Cina dan India kerana mereka ini memperjuangkan pendidikan berasaskan kaum masing-masing. Tentangan ini ber;aku juga disebabkan adanya cadangan untuk menghapusan sekolah vernakular dan meminggirkan bahasa Mandarin yang merupakan bahasa ibunda orang Cina. Kesan daripada perkara ini menyebabkan laporan ini ditolak dan wujudlah laporan baharu iaitu laporan Fenn-Wu.Â