Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia. Jabatan ini telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai penggerak utama untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Umum diketahui penggunaan bahasa Inggeris banyak didapati dalam bidang Sains dan Teknologi bagi menghasilkan penciptaan baharu khususnya dalam bidang perubatan.
Antara tugas (DBP) ialah memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang agar lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dapat dihasilkan. (DBP) memainkan peranan yang sangat penting dalam menerbitkan risalah-risalah, buku-buku dan lain-lain dalam bentuk penulisan bahasa kebangsaan. Perlaksanaan penggunaan bahasa baku di sekolah-sekolah merupakan usaha sama daripada (DBP). Jelaslah bahawa (DBP) memainkan peranan yang sangat penting dalam semua aspek bagi memastikan bahasa Melayu dapat dikekalkan.