PEMAKANAN WARGA EMAS
PEMAKANAN WARGA EMAS
Pemakanan yang sihat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti hidup warga emas. Sebagai individu yang semakin berusia, keperluan pemakanan mereka berubah mengikut tahap kesihatan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, pemakanan yang seimbang adalah kunci untuk memastikan warga emas kekal aktif, bertenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.
Kepentingan Pemakanan untuk Warga Emas:
Menjaga kesihatan tulang: Warga emas memerlukan lebih banyak kalsium dan vitamin D untuk mengelakkan osteoporosis dan menjaga kekuatan tulang.
Mengawal berat badan: Pemakanan yang seimbang membantu mengawal berat badan, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya
Meningkatkan daya tahan badan: Nutrien penting seperti vitamin C, zink, dan protein membantu meningkatkan sistem imuniti warga emas dan menjadikan mereka lebih tahan terhadap jangkitan dan penyakit.
Menjaga kesihatan mental: Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menyokong fungsi otak dan mengurangkan risiko masalah seperti demensia.
Pemakanan yang seimbang bukan sahaja membantu warga emas hidup lebih sihat, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup mereka secara keseluruhan
MASALAH PEMAKANAN DI USIA EMAS & NUTRISI YANG PENTING
MALAYSIAN DIETARY GULIDELINES FOR OLDER PERSONS
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MEALS ON WHEELS KEPADA WARGA EMAS