SEKOLAH DAN INSTITUSI
SEKOLAH DAN INSTITUSI
Pengenalan
Pemakanan sihat memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan fizikal dan mental pelajar di sekolah dan institusi pendidikan. Kanak-kanak dan remaja memerlukan diet yang seimbang untuk menyokong pertumbuhan, perkembangan otak, serta meningkatkan keupayaan pembelajaran mereka. Selain sekolah, Pegawai Sains (Pemakanan) juga mengadakan lawatan pemantauan ke institusi-institusi seperti taska, tadika, prasekolah dan pusat pemulihan di komuniti (PDK).
Antara aktiviti-aktiviti utama Pegawai Sains (Pemakanan) di sekolah dan institusi adalah:
Pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah
Pemantauan kepatuhan menu RMT sekolah
Pemantauan kepatuhan menu dapur asrama sekolah
Pemantauan menu dan aktiviti pemakanan sihat di taska, tadika dan prasekolah
Pemantauan menu di penjara dan depo tahanan
Program Hidangan Sihat di Sekolah (HiTS) & PROMAK
Aktiviti advokasi dan ceramah pemakanan sihat atas jemputan pihak sekolah
Program Pemakanan Sihat di Pusat Pemulihan di Komuniti (PDK)
Aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah dan juga membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih sihat, di mana pelajar dapat mencapai potensi penuh mereka melalui pemakanan yang berkualiti.
PEMANTAUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH
Aktiviti pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah dijalankan oleh Pegawai Sains (Pemakanan) adalah untuk memastikan supaya pengusaha kantin sekolah menjual makanan dan minuman yang sihat dan patuh kepada garis panduan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah.
PEMANTAUAN KEPATUHAN MENU RMT DI SEKOLAH DAN DAPUR ASRAMA SEKOLAH
Pemantauan kepatuhan menu RMT dan manu asrama di dapur asrama sekolah dijalankan oleh Pegawai Sains (Pemakanan) secara berkala untuk memastikan pihak pengusaha kantin dan pengusaha dapur asrama sekolah sentiasa mematuhi dan menyediakan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
PROGRAM HIDANGAN SIHAT DI SEKOLAH (HiTS) DAN PROGRAM MAKANAN KESIHATAN (PROMAK)
Program Hidangan Sihat di Sekolah (HiTS)
Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) adalah salah satu aktiviti promosi pemakanan sihat yang disasarkan untuk murid. Pogram ini merupakan hidangan pakej makanan berkhasiat yang terdiri daripada sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid mengikut waktu makan di sekolah. Senarai menu hidangan berkhasiat disediakan oleh Pegawai Sains (Pemakanan), supaya murid-murid dapat menikmati hidangan yang berlainan setiap hari.
Sekolah merupakan tempat atau prasarana terbaik bagi memberi peluang kepada murid-murid mempelajari dan memahami kepentingan amalan makan secara sihat dan seimbang. Murid-murid menghabiskan hampir satu per tiga daripada waktu harian mereka di sekolah. Dalam tempoh tersebut, mereka mengambil makanan sekurang-kurangnya sekali di kantin sekolah. Oleh itu, sekolah merupakan satu institusi yang amat penting untuk menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat.
Program Makanan Kesihatan (PROMAK)
Program Makanan Kesihatan (PROMAK) adalah program penyediaan makan tengahari untuk murid di sekolah rendah dengan objektif utamanya adalah untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh setiap murid. Program ini ditaja sepenuhnya oleh BERNAS dengan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.Â
Bagi sekolah-sekolah yang telah dipilih untuk menjalankan PROMAK, sekolah-sekolah ini juga akan diiktirafkan sebagai sekolah yang menjalankan HiTS.
PEMANTAUAN MENU DAN AKTIVITI PEMAKANAN SIHAT DI TASKA, TADIKA DAN PRASEKOLAH
Pemantauan menu di taska, tadika dan prasekolah dijalankan oleh Pegawai Sains (Pemakanan) secara berkala untuk memastikan makanan yang disediakan di taska, tadika dan prasekolah sentiasa patuh kepada menu yang telah ditetapkan dan juga memastikan makanan yang dihidang kepada kanak-kanak adalah sihat.
PROGRAM PEMAKANAN SIHAT DI PROGRAM PEMULIHAN DI KOMUNITI (PDK)
Selain menjalankan pemantauan menu di PDK secara berkala, Pegawai Sains (Pemakanan) juga menjalankan aktiviti advokasi pemakanan sihat. Ini adalah untuk menyampaikan mesej-mesej pemakanan sihat dalam kalangan pelatih-pelatih di PDK.
ADVOKASI PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH
Selain melakukan pemantauan menu RMT, asrama dan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah, Pegawai Sains (Pemakanan) juga mendapat jemputan dari pihak sekolah untuk manjalankan aktiviti advokasi pemakanan sihat kepada pelajar-pelajar dan warga sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan termasuklah ceramah pemakanan sihat dan pameran.
BAHAN RUJUKAN
Buku Garis Panduan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS)
Garis Panduan Larangan Penjualan Makanan & Minuman di Luar Pagar Sekolah 2021
Garis Panduan Perlaksanaan Pemakanan Sihat di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan RMT
Garis Panduan Pengurusan Pemakanan Kanak-kanak yang mempunyai Alahan Makanan di Taska / Tadika dan Prasekolah
Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja 2023
Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska / Tadika / Prasekolah
Panduan Pemakanan untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas dari 0 - 18 Tahun
Garis Panduan Perancangan Menu di Taska
Panduan Pengendalian dan Pemberian Susu yang Selamat di Pusat Jagaan dan Taska
edaran surat KPM larangan penjualan makanan dan minuman yang tidak digalakkan penjualan di kantin sekolah 18 April 2017
Surat Peluasan Larangan Penjualan Makanan Dan Minuman Dilarang Seluruh Kawasan Sekolah 9 jun 2022
PDK Ku Sihat : Garis Panduan & Manual Aktiviti