PEMAKANAN IBU HAMIL
PEMAKANAN IBU HAMIL
PENINGKATAN BERAT BADAN SEMASA KEHAMILAN
Wanita yang merancang untuk hamil perlu mengetahui status berat badan sebelum hamil. Setiap wanita dalam kategori BMI berbeza mempunyai julat jumlah peningkatan berat badan sepanjang kehamilan yang berbeza. Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan perlu dipantau secara berkala bagi memastikan peningkatan berat badan berada dalam julat yang disarankan.
PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA
Anemia semasa hamil ditakrifkan sebagai mempunyai bacaan hemoglobin <11g/dL. Penyebab utama anemia di kalangan wanita semasa hamil ialah kekurangan zat besi. Maka bakal ibu dan ibu hamil perlulah mengambil dan mengoptimumkan sumber zat besi dari pemakanan seharian untuk mengelakkan kekurangan zat besi dalam tubuh.
GARIS PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK IBU HAMIL 2023
BUKU GARIS PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK IBU HAMIL
PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG
Merancang menu untuk ibu berpantang perlu mengambilkira aspek kepelbagaian, keseimbangan dan kesederhanaan. Makanan yang disediakan perlulah merangkumi kesemua zat yang diperlukan. Penjagaan pemakanan ibu semasa berpantang sangat penting bagi mempercepatkan kadar penyembuhan luka semasa bersalin, menghasilkan susu ibu yang berkualiti serta demi mencapai tahap kesihatan yang optimum. Namun demikian, "food taboo" atau kepercayaan tertentu boleh memudaratkan ibu serta memberi kekangan kepada ibu dan penjaga dalam penyediaan makanan.