PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAKĀ
PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAKĀ
Peringkat awal 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak bermula dengan terbentuknya janin dalam rahim seorang ibu dan pembesaran janin ini sehingga tempoh matang mengambil masa selama 270 hari (9 bulan) kehamilan. Dalam tempoh ini, pengambilan makanan yang berkhasiat, pemantauan peningkatan berat badan berkala, serta pemeriksaan kesihatan yang lengkap menjadi kunci penting untuk si ibu kekal sihat sepanjang kehamilan. Inilah permulaan awal terbaik kehidupan seorang anak, iaitu di dalam kandungan ibunya lagi.
Pada usia antara 1 tahun hingga 2 tahun kehidupan kanak-kanak, ini menjadi tempoh kritikal untuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan, pemantauan status tumbesaran dan pergigian. Pengabaian penjagaan di bawah 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak ini antara penyebab meningkatnya risiko kanak-kanak dengan masalah pertumbuhan seperti susut dan bantut.
Justeru itu, teruskan untuk beri perhatian kepada 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak kerana ia merupakan kunci utama melahirkan generasi Malaysia yang lebih sihat.
Status Pemakanan Kanak-Kanak
Pemakanan bayi dan Kanak-Kanak Mengikut Umur
Bantut merupakan masalah kekurangan zat makanan kronik, di mana kanak-kanak tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa yang lama. Masalah bantut adalah masalah yang serius dimana kanak-kanak tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya untuk umur mereka.
Garis Panduan Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM)
Beban Berganda Malpemakanan meupakan satu keadaan di mana individu, keluarga atau komuniti menghadapi masalah kekurangan dan berlebihan pemakanan pada masa yang sama. Kekurangan pemakanan seperti bantut, susut, kurang berat badan dan kekurangan mikronurien (anemia, IDD). Berlebihan pemakanan seperti obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.
Buku Pelan Strategik Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030