PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT SEMASA MESYUARAT (PHSSM)
PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT SEMASA MESYUARAT (PHSSM)
Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
Mesyuarat, kursus atau seminar merupakan sebahagian daripada tuntutan kerja pada hari ini. Seorang pekerja menghabiskan masa sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk bekerja selama 5 hari seminggu dan kebanyakan daripada masa tersebut dipenuhi aktiviti yang tidak aktif atau sedentari di pejabat dan di bilik mesyuarat. Terdapat juga kursus, seminar, konferens ataupun bengkel yang diadakan pada hujung minggu dan kebiasaannya makanan dan minuman disediakan untuk peserta. Memandangkan sebahagian besar masa dihabiskan dengan aktiviti sedentari seperti duduk, penyajian hidangan sihat semasa mesyuarat atau majlis rasmi amat penting untuk memastikan ahli mesyuarat mendapat makanan berkhasiat.
Penyajian hidangan sihat semasa mesyuarat adalah penting untuk memberi pilihan yang lebih sihat kepada ahli mesyuarat. Ia juga secara tidak langsung dapat mengawal pengambilan makanan semasa mesyuarat dan menggalakkan amalan makan secara sihat di kalangan ahli mesyuarat. Penyediaan hidangan sihat semasa mesyuarat adalah berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Piramid Makanan Malaysia merupakan panduan kepada individu mempelbagaikan pengambilan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan. Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
Surat Arahan Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
PRINSIP ASAS HIDANGAN MAKANAN SEMASA MESYUARAT
Sediakan air kosong sepanjang mesyuarat
2. Sajikan susu (susu segar/ susu penuh krim/ susu rendah lemak) secara berasingan bagi minuman panas seperti teh/kopi.
3. Disarankan agar gula tidak disediakan untuk minuman panas
4. Sajikan kuih kurang manis/ tidak manis (savoury) untuk minum pagi dan minum petang. Tiada sajian kuih manis.
5. Sajikan buah-buahan segar pada waktu makan utama dan semasa minum pagi/minum petang
6. Sajikan sayur-sayuran yang telah dimasak, salad atau ulam-ulaman pada waktu makan utama
7. Sajikan satu sajian sumber protein daripada ikan dan satu sajian ayam/ daging/ telur serta satu sajian kekacang
8. Pamerkan label kandungan kalori pada setiap makanan yang dihidangkan semasa mesyuarat
BUKU PANDUAN PENYAJIAN HIDANGAN SIHAT SEMASA MESYUARAT (PHSSM)
BUKU SELEKSI HIDANGAN SEMASA MESYUARAT