KAFETERIA SIHAT
KAFETERIA SIHAT
Kafeteria Sihat ialah premis yang menyedia, menghidang dan menjual makanan dan/atau minuman yang berkhasiat, bersih dan selamat di dalam bangunan kekal yang mematuhi prinsip amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang baik. Kafeteria Sihat turut mempromosikan prinsip amalan makan secara sihat dengan memberikan maklumat pemakanan kepada pengunjung.
Pelaksanaan Kafeteria Sihat di premis makanan dapat membantu dalam penyediaan persekitaran yang menyokong masyarakat mengamalkan makan secara sihat. Pelaksanaan inisiatif ini juga dapat membantu pengusaha makanan untuk memajukan perniagaannya dengan tambahan nilai iaitu penyediaan pilihan makanan yang lebih berkhasiat, bersih dan selamat kepada pelanggan serta diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KELEBIHAN PENGIKTIRAFAN
Premis yang diiktiraf sebagai Kafeteria Sihat akan mendapat kelebihan seperti berikut berbanding premis makanan yang lain:
Mendapat bimbingan teknikal berkaitan pemakanan sihat dan keselamatan makanan secara PERCUMA.
Pengusaha dan pengendali makanan dilatih dalam ilmu pemakanan menerusi Latihan Katering Sihat secara PERCUMA.
Menerima sijil dan plak pengiktirafan Kafeteria Sihat.
Menambah keyakinan pengguna terhadap kualiti dan nilai pemakanan makanan yang disediakan.
Promosi premis makanan oleh pihak Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui media sosial seperti facebook, laman sesawang dan lain-lain.
BAHAN RUJUKAN
Buku Panduan Pengiktirafan Kafeteria Sihat
Borang Permohonan Pengiktitrafan Kafeteria Sihat
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 5/2023
Sila berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pengiktirafan Kafeteria Sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Â