DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA
DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA
Dirangka dan diluluskan oleh kabinet pada tahun 2003. Disemak semula pada tahun 2019 dan diperkukuhkan selari dengan perubahan pesat dalam corak pengambilan makanan dan peningkatan beban berganda malpemakanan di Malaysia.
Dasar ini beriltizam untuk mencapai, meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.
Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan status pemakanan, mengurangkan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan. Ia juga menyokong dan meningkatkan sistem makanan yang lestari bagi pemakanan yang sihat untuk masyarakat.
Dasar ini akan menyepadukan, menggembleng tenaga dan menggerakkan strategi-strategi makanan dan pemakanan yang efektif melibatkan pelbagai pemegang taruh dari semua sektor.
VISI: mencapai kesejahteraan pemakanan untuk bangsa yang sihat.
MISI: mengurangkan beban berganda malpemakanan serta meningkatkan sekuriti makanan dan pemakanan melalui sistem makanan yang lestari.
Dasar ini juga bermatlamat untuk memperkukuhkan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan pelbagai sektor dalam program dan strategi yang spesifik dan sensitif kepada pemakanan. Tiga belas strategi telah dikenalpasti ke arah mencapai misi yang telah ditetapkan ini.
KENYATAAN DASAR
Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia beriltizam untuk mencapai, meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan status pemakanan, mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan.
Ia juga menyokong dan meningkatkan sistem makanan yang lestari bagi pemakanan yang sihat untuk masyarakat. Dasar ini akan menyepadukan, menggembleng tenaga dan menggerakkan strategi-strategi makanan dan pemakanan yang efektif melibatkan pelbagai pemegang taruh yang merentasi semua sektor.