PENGIKTIRAFAN MENU MyMeal
PENGIKTIRAFAN MENU MyMeal
KONSEP
Pengiktirafan MyMeal mula diperkenalkan pada tahun 2022.
Pengiktirafan diberikan kepada set hidangan lengkap berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh bersama air kosong dan dijual dengan harga berpatutan iaitu:
Menu berasaskan mihun/ kuetiau/ bubur nasi/ lontong dan lain-lain: ≤ RM 6.00
Menu berasaskan nasi: ≤ RM 8.00
Hidangan yang sedap, sihat dan jimat lengkap yang menepati keperluan pelanggan dalam mendapatkan sesuatu makanan apabila makan di luar.
Menu MyMeal tidak mengandungi semua jenis makanan terproses seperti daging burger, sosej, nuget dan lain-lain.
OBJEKTIF
Meningkatkan kebolehdapatan makanan yang lebih sihat dengan harga berpatutan di premis makanan di Malaysia.
Membantu pengguna mengenal pasti set makanan yang lebih sihat dengan mudah dan cepat apabila makan di luar.
Membantu menangani masalah pemakanan dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk makan di luar.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN MYMEAL #SEDAPSIHATJIMAT