30 JULAI 2021
TARIKH PERTANDINGAN
28 OGOS 2021 : 10 PAGI - 11 PAGI
*Tertakluk kepada sebarang perubahan.
VIDEO TAKLIMAT KUIZ MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
VIDEO TAKLIMAT KUIZ MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Penyertaan satu sekolah adalah tidak terhad
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat dalam matematik dan meningkatkan kemahiran matematik peserta.
Terbuka kepada murid-murid tahun 4 hingga 6 sahaja. ( pemenang akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan )
Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 5 sahaja. ( hanya di peringkat negeri sahaja )
Soalan-soalan yang diuji adalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 bahagian:
i. Bahagian A
- Soalan KBAT Matematik
- Jawapan Ringkas
ii. Bahagian B
- Aneka Pilihan
Untuk peringkat negeri, sebanyak 40 soalan dalam bentuk aneka pilihan disediakan dan murid perllu menjawab kesemua soalan.
Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh setiap Jabatan Pendidikan Negeri.
Peserta yang telah mendaftar perlu menjawab 40 soalan dalam tempoh 1 jam.
Peserta terbaik peringkat negeri (mengikut bilangan yang ditetapkan oleh BSKK KPM) akan layak menyertai Mathematics Online Quiz Competition Peringkat Kebangsaan.
Pengurusan pelaksanaan Mathematics Online Quiz Competition Peringkat Kebangsaan adalah di bawah pengelola kebangsaan yang telah dilantik dengan kerjasama BSKK KPM.
Bagi tujuan menilai keupayaan kendiri, murid-murid diminta menjawab soalan tanpa bantuan pihak lain.
Fokus STEM: Matematik
PENGERUSI TEKNIK MATHEMATIC ONLINE QUIZ MENENGAH ( NEGERI )
SMK DURIAN TUNGGAL
PN NORSYAFIZA BINTI ABD RAHMAN : 01116619167
PENGERUSI TEKNIK MATHEMATIC ONLINE QUIZ RENDAH
SK KG TUN RAZAK
EN REZWAN BIN YAAKOP : 0196125219